Thursday, June 6, 2013

Toksin

Kau ibarat toksin yang melekat di tubuhku
Mengoyak jasad sambil berlari
Pedihnya terasa sampai ketulang
Celakalah rasa itu meresap dijiwaku
Lantaran itu kau menoleh tanpa berlagu

Bodoh itu memakan otakku
Mencari ruang sempit untuk bernafas
Kau merosakkan zarahku
Kau merosakkan imanku
Celakalah kau dalam diriku

Esok pasti akan berakhir buatmu
Aku menjadi pahlawan setia
Melawan setiap hentakkan yang kau berikan
Aku mahu membunuh dirimu dalam jasadku
Pergilah kau..
Nyah kau....

nurkilan: Cahaya Keindahan
Jam:1.30 a.m
Tajuk:Toksin
Tarikh :12/23/2012

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen...^_^