Di Suatu Petang...
Syifa Zulaikha :Assalamualaikum saudara
Irfan Hadi : Waalaikumusalam,ye saya....(Pandangan matanya tertunduk ke bawah)
Syifa Zulaikha hanya tersenyum melihat pemuda di hadapannya.Dia memulakan bicara yang sekian lama dipendamkannya.
Syifa Zulaikha :Saya dapat tahu dari teman-teman,yang awak sukakan saya,benar ke?
Irfan Hadi agak terkejut dengan pertanyaan gadis dihadapannya.Dia terdiam.
Syifa Zulaikha hanya tersenyum,teringat kisah bagaimana Saidatina Khadijah bertanyakan Rasulullah suatu ketika dahulu.Dan dia ingin berani seperti Siti Khadijah,lagipun tidak salah jika dia memulakan dahulu kerana dia tahu akan tujuannya.
Syifa Zulaikha :Awak tidak perlu malu menyatakan kebenaran,kerana malu menyatakan kebenaran akan mendatangkan kerugian.Berterus teranglah agar diriku tidak terus dibelengu dengan persoalan.
Irfan Hadi mengangkat muka sedikit demi sedikit.Wajah dihadapannya adalah seorang wanita yang amat dicintainya dalam diam-diam.Syifa zulaikha mempunyai peribadi muslimah yang sejati.Akhlaknya megah berdiri,kehormatannya dijaga dengan penuh suci.Keberaniannya menegakkan kebenaran penuh dengan kelembutan membuatkan dirinya telah jatuh cinta pada wanita itu.Namun hasratnya dipendam kerana dia merasakan dirinya tidak layak untuk memiliki wanita seperti bunga mawar harum mekar ditaman yang sentiasa dijaga dan dibaja rapi.
Irfan Hadi :Wahai wanita perhiasan dunia,dirimu begitu indah sekali dipandangan mataku,akhlakmu mampu membuatkan sesiapa sahaja menyenangi dirimu dan kelembutan dirimu dalam menyampaikan dakwah mampu membuatkan ramai terpesona.Aku hanya insan biasa dan hanya mempunyai sekeping hati.Ya...Memang benar aku benar-benar mencintai dan menyukai dirimu.Namun aku sedar akan diriku yang hina.
Syifa Zulaikha :Wahai khalifah Allah,janganlah engkau berkata begitu,kita adalah ciptaan Allah yang paling mulia,dan tiada darjat diantara kita.Aku tidak pernah mengukur siapa dan bagaimana dengan kisah silammu jika engkau benar-benar ingin memiliki diriku.
Irfan Hadi semakin terkejut dengan kenyataan wanita dihadapannya.Dia benar-benar tidak percaya bahawa wanita seperti Syifa Zulaikha berani menawarkan dirinya untuk dimiliki oleh lelaki sepertinya.
Irfan Hadi :Wahai saudari,aku tidak layak untuk memiliki dirimu.Aku terlalu naif dan terlalu banyak kekurangan.Diriku bukanlah khalifah seperti yang kau nyatakan.Aku manusia yang penuh dosa dan noda dan aku tidak layak untuk bersama dengan wanita sebaik dirimu.
Syifa Zulaikha masih tersenyum.Dia segera berterus terang.
Syifa Zulaikha :Wahai saudara,aku ingin tahu...kenapakah engkau mencintai diriku?izinkan aku tahu....adakah kerana paras rupaku?
Irfan Hadi : Wahai Saudari, Demi Allah aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu.Aku mengkagumi setiap apa yang kau miliki.Aku sentiasa melihat engkau menjaga kehormatan dan maruah islam bila kemana sahaja kau pergi.Dirimu telah membuatkan aku sedar akan sesuatu.Aku sedar jika aku ingin memiliki yang terbaik,maka aku harus berubah.Tapi......sebanyak manapun aku berubah..aku tetap tidak akan mampu menjadi sebaik dirimu dan tidak akan mampu memiliki seseorang sepertimu.
Irfan Hadi hanya tertunduk sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya.
Syifa Zulaikha :Alhamdulillah,engkaulah khalifah yang aku cari...engkau mencintai diriku kerana agama yang ada dalam diriku,bukannya paras rupaku.Wahai saudara Allah telah berfirman:
“Katakanlah : Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar : 53)
Syifa Zulaikha :Ingin aku tegaskan padamu,setiap manusia ada peluang dan ruang untuk bertaubat dan pintu syurga Allah sentiasa terbuka untuk setiap insan yang menginginkannya.Jika engkau mahukan diriku,akan aku anggap ini sebagai medan untukku berdakwah.Kerana aku tahu engkau mampu melakukannya jika benar engkau bertekad untuk berubah memiliki cintaku seiring dengan cintaNYA.Sebenarnya aku juga telah lama memerhatikan engkau,aku kagum dengan keinginan kau untuk berubah dan hari demi hari aku sedar bahawa Allah ingin aku membantu dirimu.Aku sudah menyelidiki siapa engkau sebelum ini,bagiku biarlah seburuk manapun engkau dahulu,tetapi apa yang penting adalah dirimu hari ini.Aku tidak mahu engkau terus hilang tujuan dan oleh itu aku ingin kita beriringan mencari kebahagiaan hakiki.Yakinlah dengan dirimu bahawa Allah pasti akan membantu.
Irfan Hadi masih tertunduk..Dia kehilangan kata-kata.Hatinya begitu terusik dengan apa yang dinyatakan oleh wanita dihadapannya.Ditarik nafasnya dalam-dalam dan memulakan bicara semula.
Irfan Hadi : Hermm..bagaimana jika aku bukan yang terbaik untuk dirimu?
Syifa Zulaikha masih tersenyum manis.
Syifa Zulaikha :Wahai saudara,aku faham akan maksud kamu..bagiku jika engkau tidak mampu menjadi yang terbaik,mungkin itu adalah ujian buatku.Dan jika terjadinya perpisahan,tidak akan sesekali aku sesali kerana aku sudah memilih kamu untuk bersamaku.Aku yakin jika engkau berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk memiliki kebahagiaan hakiki,insyaAllah semuanya akan jadi baik.Yakinlah bahawa Allah akan sentiasa mengiringi kita jika engkau berkehendakkan yang terbaik untuk hidupmu di dunia dan akhirat.Masihkah kau ingat kisah Asiah, isteri solehah bersama suami yang jahat dan tidak beriman. Di dalam al-Quran ada mengkhabarkan perkahwinan Nabi ALLAH Luth, isteri jahat bersama lelaki soleh.Sesungguhnya manusia tidak ada yang sempurna,kesempurnaan itu hanya Allah sahaja yang layak menilainya.Aku juga bukanlah yang terbaik,namun aku sentiasa yakin dengan janji Allah,terpulanglah kepada engkau samada engkau mahu bersamaku mengejar kebahagiaan hakiki atau mahu mencari nikmat duniawi.Aku tidak memaksa..tapi sekurang-kurangnya aku berani menyatakan apa yang aku ingin katakan.
Syifa Zulaikha melemparkan senyuman sambil berlalu pergi setelah menghabiskan kata-katanya.Tinggallah Irfan Hadi keseorangan sambil mengenangkan apa yang didengarinya tadi.Matanya bergenang,dia benar-benar terkesan dengan apa yang dinyatakan oleh wanita itu sebentar tadi.
..................................................................................................................................................
4 Tahun telah berlalu..
Kedengaran riuh rendah di atas beranda rumah di hujung minggu sebegini.Asyraf Hamzah dan Aisyah Humaira sedang berlari berkejaran.Telatah dua kanak-kanak riang itu menjadi penyeri rumah tangga kedua pasangan pemilik Villa Mawaddah Sakinah.Sang ayah yang sedang membaca buku sedikit terganggu,lalu tugas si ibu menegur kedua buah hati mereka.
"Asyraf,Aisyah jangan bising sangat,kesiankan Abi,abi nak membaca pun terganggu sayang.
"Alaa...ummi ni,aisyah dengan abang Asyraf nak main kejar-kejar je".Mulut sikecil itu dibuat muncung seperti mulut itik sehingga menimbulkan geli hati kepada si ibu.
"Sayang ummi,dengar ni..
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." [Surah al-Isra' ayat: 23]
"Kalau Aisyah dengan Asyraf nak masuk syurga yang indah tu,kena dengar cakap ummi dan abi,kalau tak dengar cakap... dia akan masuk tempat yang busuk dan panas macam ummi selalu cerita tu la".Sang ibu cuba memujuk dan menasihati kedua anaknya.
"Eee...Asyraf tak nak la pergi tempat macam tu ummi,Asyraf nak kita semua masuk syurga yang indah tu".Anak yang sulung bersuara secara tiba-tiba.
"Eh..Aisyah pun tak nak,Aisyah nak masuk syurga juga,ok la Aisyah minta maaf.Akhirnya kedua-dua anak itu segera mencium tangan ibu mereka.Terpancar senyuman kebahagiaan di wajah sang ayah.Dia amat mengkagumi isterinya yang benar-benar seorang isteri yang solehah.Tidak akan sesekali dirinya mensia-siakan kurniaan Allah buat dirinya.Irfan Hadi segera pergi memeluk mereka yang tidak jauh darinya.Syifa Zulaikha sedikit terkejut,namun dirinya hanya tersenyum.
"Terima kasih bidadariku kerana engkau telah memilih aku untuk bersamamu".Bisik Irfan Hadi di telinga Syifa Zulaikha.
"Abang,sepertimana kisah cintanya saidina Ali dan Siti Fatimah Az-Zahra yang memendam rasa cinta kerana Allah,begitulah yang ingin kita miliki dan alhamdulillah jalan bahagia yang kita miliki sekarang".Irfan Hadi semakin erat memeluk mereka,Asyraf dan Aisyah begitu seronok dipeluk begitu oleh Abi dan Ummi mereka.
Maka berbahagialah mereka menjadi sebuah keluarga yang penuh dengan Sakinah, Mawaddah, wa Rahmah.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Nurkilan :~cahaya keindahan~
Lokasi :Bilik kecil Rumahku Syurgaku
Masa :6.26 a.m
Coretan Rasa : Jika kita inginkan yang terbaik dalam kehidupan,kita perlukan keberanian,pengorbanan dan ketulusan dengan berpegang kepada aturan islam melalui Al-Quran dan Hadis.Pilihlah yang terbaik dalam hidupmu ^_^
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah dan komen...^_^