Thursday, June 6, 2013

Apa lagi yang kau mahu??

Kau belum pasti apa kau temui
Kau belum pasti adakah ini kebahagiaan hakiki
lantas kau tanya pada diri
*Mahu apa lagi kau???*

Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Nah apa lagi kau mahu???
itu pun kau tak tahu bersyukur..
Kau nak persoalkan apa lagi??
DIA bagi apa yang kau minta
Tapi sujud 5 kali sehari kalau kau berat hati macam nak angkat tayar lori balak lebih baik kau mati..
haish...manusia...

Mudah lupa...
Sakit ingat
Sihat lupa...
Apa kejadahnya itu???

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)

nauzubillah...

Jauhkan aku dari sifat2 ujub dan takbur Ya Allah....

~cahaya keindahan~



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen...^_^