Sayangilah Baginda Rasulullah s.a.w kerana Baginda AMAT menyayangi KITA..
Dan jika KITA mengakui SAYANGKAN baginda....Mohon Jadilah Umat yang tidak berpecah belah hanya kerana hal-hal DUNIA...Mohon sangat-sangat sahabatku sekalian...
Hati sebak melihat sikap sesetengah MANUSIA
*Sebak*
AllahuRabbi...
Jangan kau biarkan kami memusuhi sesama sendiri
Kerna kami umat akhir zaman
Didiklah kami dengan sifat saling sayang menyayangi..
*Sebak*
Ya Allah..
Kesempurnaan itu hanya ada padaMU
Dan aku yakin Ya Allah..
Seandainya Rasulullah s.a.w masih bernafas di atas muka bumi ini
Sesungguhnya Baginda pasti kecewa melihat SIKAP ummatnya pada hari ini..
*Sebak*
Ya Allah..
Satukanlah kami dengan PERIBADI dan AKHLAK yang terpuji
Mengikut contoh Baginda yang KAMI sayangi...
Allahurabbi...
Bergetarnya hatiku disaat ini..
Tidak dapat ku bayangkan betapa kecewanya perasaan Baginda....
Jika melihat Umatnya hari ini..
Termasuklah diriku yang hina...
Mohon sangat pada kalian...
Cukuplah dengan kata-kata kalian
Yang kalian sendiri tidak pasti
Mohon sangat-sangat kepada kedua-dua KABILAH
Jangan kita terus Berpecah belah..
Jika kemenangan itu adalah tipu daya manusia..
Biarkan Allah yang menghakiminya
*Sebak*
Bagi yang telah berjaya MERAIH kepercayaan RAKYAT
Jalankan tanggungjawab dengan AMANAH
Sudah tertulis gelaran KHALIFAH itu adalah engkau
Jadilah CONTOH TERBAIK kepada kami...
Jadilah seperti Khalifah-khalifah islam terdahulu
Semoga hidup kita semua GEMBIRA di dunia dan akhirat...
#Entah kenapa pagi ini ...perasaan ini..apabila melihat segelintir dari kita..#
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah dan komen...^_^