Dalam keriuhan
suara sanak saudara yang kedengaran,terlihat seorang gadis sedang
menunggu seseorang.Tiba-tiba datang seorang pemuda yang tinggi lampai
dan memegang tangannya sambil tersenyum . Sigadis tidak mengenali jejaka
tersebut.Dia keliru dan berasa pelik apabila diperlakukan
sebegitu.Sanak saudara memandang sambil tersenyum.Kelihatan riak wajah
gadis itu sedikit terkejut apabila kakinya melangkah kesebuah
singgahsana yang tersergam indah dihadapannya.Pelamin sang pengantin
begitu indah didepan mata.Sigadis menangis,dia tidak mampu
melangkah.Terasa tubuhnya jatuh kebumi.Sigadis meraung ,meminta ehsan
daripada tetamu yang hadir supaya melepaskanya.Dia tidak rela dirinya
bersama dengan pemuda tersebut.
Senyuman langsung tidak terukir dibibirnya,hanya deraian air mata yang mengalir menemaninya.Sang ayah dan ibu hanya mampu memeluknya.Sigadis benar-benar keliru.“Ayah,nisa tak nak dia,nisa nak Hadi,kenapa nisa kena terima dia?”,Soal sigadis sambil menangis.
“Nisa,kena terima dia,dia adalah jodoh nisa,nisa kena redha”.Si ayah memujuk lembut anak gadisnya.Sang ibu hanya mampu menangis disisi sigadis.
“Tapi kenapa ayah?mana Hadi,diakan dah janji dengan Nisa nak kahwin dengan Nisa?”Si gadis meraung sambil melepaskan persoalan yang berada difikirannya.Suasana majlis menjadi kecoh,para tetamu sedikit terkejut,tanpa disedari si gadis telah rebah disisi pengantin lelaki.
……………………………………………………………………………………………………..
“Assalamualaikum”.Sapa pemuda yang tidak dikenalinya.Khairunnisa sedikit terkejut dengan kehadiran pemuda yang tidak dikenali berada dibilik bersamanya.
“Siapa kau?macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku ni?”.Khairunnisa benar-benar marah dengan kehadiran pemuda tersebut di biliknya itu.
“Sebelum saya jawab soalan saya,awak jawablah dulu salam yang saya berikan tadi”.Kata pemuda tersebut sambil tersenyum.
“Waalaikumusalam”.Kedengaran suara khairunisa sedikit getar.
“Alhamdulillah awak dah sedar,saya kenalkan diri saya Khairul Afnan bin Haji Hamdan suami kepada Khairunisa Adhwani binti Abdul Aziz”.Terang pemuda itu dengan wajah yang tenang.
“Hey aku bukan isteri kau,aku isteri Hadi!”.Khairunisa mula melenting.Namun pemuda tersebut hanya tersenyum sambil memandang si gadis dengn wajah yang tenang.
“Maafkan saya,saya tahu awak takkan terima saya,mungkin ini takdir dan jodoh yang Allah telah tentukan untuk kita bersama,dan saya harap awak bertenang,gunakanlah akal yang dikurniakan Allah itu dengan sebaiknya dan jangan biarkan syaitan mengawal marah kita”.Pemuda itu mula berbicara.
“Saya tak faham,kenapa awak dan bukan Hadi?”.Si gadis semakin bertenang namun esakkan kecil kedengaran.Dia benar-benar keliru dengan apa yang berlaku.
“Sudah saya katakana tadi,mungkin ini Qada dan Qadar yang Allah telah tetapkan kepada kita sebagai hambaNYA.Selebihnya awak tanyalah keluarga awak,saya tidak mampu berkata apa-apa”.Balas pemuda.
Malam itu sepatutnya menjadi malam yang indah buat pasangan pengantin seperti meraka,namun semuanya masih berada dalam suasana keliru.Hanya kedengaran bunyi titisan air hujan yang membasahi bumi seolah-olah mengiringi perasaan sigadis bernama Khairunisa.Dia masih mencari-cari jawapan disebalik apa yang berlaku sekarang.
……………………………………………………………………………………
Pagi itu Khairunisa bangun untuk menunaikan solat subuh seperti biasa.Namun dia terkejut bila melihat susuk tubuh seorang lelaki yang sedang bersujud menghadap yang Maha Esa.Wajah lelaki itu terlalu tenang dan menyejukkan hatinya.Namun hatinya masih keliru dan tertanya-tanya dengan apa yang berlaku semalam.Dia bingkas bangun dan keluar dari biliknya dan menuju ke bilik tetamu.Dia mahu bersolat dan mandi situ kerana dia segan dengan lelaki itu,lagipun hatinya masih keliru.Selesai solat dia masuk kebiliknya semula.
“Awak dah bangun?”.Sapa si pemuda sambil tersenyum mesra.
“Mestilah,takkan hantu pulak yang ada dekat depan awak ni”.Balas Si gadis sambil menjegilkan matanya.
“Err..garangnya awak ni,hermm..maaflah sebab lambat kejutkan awak,saya tengok awak penat ja,jadi saya ingat nak kejutkan awak lepas saya habis solat nanti tapi tak sangka awak dah bangun”.Si pemuda cuba menerangkan kepada sigadis.
“Tak payah la nak buat baik dengan saya,ermm..mana awak tidur semalam?”.Tanya si gadis sekadar ingin tahu.Dia langsung tidak nampak pemuda itu di katil bersama dengannya.Seronok juga hatinya bila pemuda itu langsung tidak menyentuh dirinya.Bagi Khairunisa diri dan jiwanya hanyalah untuk lelaki bernama Abdul Hadi dan tiada sesiapa pun yang layak selain lelaki itu.
“Saya tidur dekat bawah je,tak pe,saya tahu kita masing-masing perlukan masa”.Lelaki itu masih lagi tersenyum setiap kali berbicara.Tenang dan damai sekali wajahnya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
Kedengaran riuh rendah di bawah.Puan Mariam sibuk menyiapkan sarapan pagi sambil ditemani adik perempuan Nisa yang baru belasan tahun.Dia segera menuruni tangga mendapatkan ayahnya yang sedang membaca suratkhabar.
“Selamat pagi ayah”.Ucap Nisa.
“Eh pengantin baru dah turun,mai la minum dengan ayah sekali,ajak suami kamu tu”.Ceria sekali suara Encik Abdul Aziz.
“Sampai hatikan ayah buat macam ni dekat nisa,ayah cakap nak kahwinkan nisa dengan Hadi tapi ayah kahwinkan nisa dengan orang lain,malah nisa langsung tak kenal lelaki tu”.Khairunisa menerankan suaranya keras sambil menjegilkan matanya tanda geram.
“Maafkan ayah nisa,tapi ni perjanjian ayah dengan seseorang,dia yang mahukan ayah buat begini,ayah hormati keputusan dia seperti mana kamu menghormati dia”.Kedengaran sedikit getar pada suara Encik Abdul Aziz.Dia tidak mampu menahan air matanya yang tiba-tiba mengalir.
“Nisa tak faham la ayah,kenapa dengan semua orang ni,nisa pelik,tolong bagitahu nisa apa yang berlaku,nisa tak nak jadi macam orang bodoh,ini masa depan nisa ayah”.Suara gadis itu sedikit meninggi sehingga mengejutkan Puan Mariam yang sedang menyiapkan sarapan pagi di meja makan.Dia segera ke ruang tamu.
“Khairunisa jangan sesekali menyalahkan kami,ni semua permintaan arwah,dia yang suruh kami lakukan semua ni,dia tak nak sia-siakan kamu”.Puan Mariam datang dan menerangkan keadaan sebenar sambil tangannya mengesat air mata yang mengalir dipipinya.Dia turut merasakan apa yang dirasa oleh suaminya.
“Apa semua ni,drama apa nie?Nisa langsung tak faham.
Tiba-tiba ada suara yang mencelah diantara mereka bertiga.
“Kak Nisa,abang Hadi dah tak ada,dia dah meninggal dunia”.Suara itu milik adik perempuanya Khadratun Natrah.
“Apa yang kau merepek ni natrah,baru 2 hari lepas akak jumpa dia,tak kan dah meninggal dunia,kau jangan nak bagi akak lempang muka kau”.Khairunnisa bagai dirasuk hantu dan ketika itu datang si pemuda dihadapannya.Dari tadi dia hanya memerhatikan drama pagi itu dari jauh.Suasana akan jadi semakin kelam kabut jika dia tidak bertindak,dan atas rasa tanggungjawab dia tampil kehadapan mengeruhkan keadaan.
“Khairunisa,sebenarnya Hadi telah mengamanahkan awak pada saya,dia memang sudah meninggal dunia seperti yang Natrah katakan tadi.Hadi terlibat dalam kemalangan sewaktu dia ambil pakaian pengantin,dan sewaktu kemalangan dia sempat dibawa ke hospital.Saya yang menemani Hadi sewaktu kejadian,sebelum dia menghembus nafasnya yang terakhir,dia mintak saya menggantikan tempatnya.Dia juga tak nak awak tahu tentang hal ni.Saya pun tidak tahu kenapa,tapi itulah permintaan arwah,saya tidak mampu menolak permintaan terakhir arwah,lagipun ahli keluarganya juga tahu akan hal ni.Pemuda itu menjelaskan keadaan sebenar dengan panjang lebar.
Hati gadis bernama Khairunnisa bagaikan dicarik-carik dan disiat-siat dengan belati yang tajam.Dia merasakan sebahagian dari dirinya juga telah pergi bersama arwah Hadi.Dia terlalu sayangkan Hadi.Dahulu dengan lelaki itulah dia menyulam harapan yang begitu tinggi seperti wanita lain.Dia impikan lelaki yang baik,beragama dan berbudi bahasa seperti Hadi.Dia begitu bersyukur bila dia ditemukan dengan Hadi.Namun harapan hanya tinggal impian.Hadi pergi meninggalkan harapan yang tidak mungkin dapat dicapainya lagi.Kehadiran Khairul Afnan bukanlah cara terbaik baginya.Dia menangis semahu-mahunya di bahu Puan Mariam.Dia kecewa.
“Maafkan saya,Khairunisa,arwah juga berpesan,dia mohon maaf sebab tak dapat nak jadikan impian awak sebagai kenyataan,dia pesan supaya awak tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan dan hamba padaNYA.Dia tidak mahu awak sedih”.Begitu telus sekali kata-kata pemuda tersebut.
“Bawa saya ke kubur arwah,saya nak ziarah”.Pintas Nisa.

Balik dari menziarah kubur,mereka sekeluarga terus ke rumah ibu bapa arwah Hadi.Majlis perkahwinan bertukar menjadi kenduri arwah.Masih ramai tetamu yang keluar masuk di dalam rumah arwah.Sewaktu kedatangan Khairunisa,ramai tetamu memandangnya dengan penuh rasa simpati.Khairunisa sedar akan hal itu,hanya juraian air mata yang menjadi penyapa mereka yang mengurnya.Dia tidak mampu berkata apa-apa.Semua dirasakan mimpi baginya.
“Nisa,ni surat dari arwah,kami jumpa sewaktu kemas bilik arwah semalam.Maafkan mak nak,walauapapun kehilangan Hadi namun nisa tetap menantu dalam keluarga kami.Lagipun Khairul Afnan anak mak dan abang kepada Hadi”.Mak Bedah menghulurkan sampul surat berwarna putih itu kepada Khairunisa.Khairunisa pantas memeluk wanita itu dengan penuh rasa sayu.Tangisan demi tangisan memenuhi ruang tamu.Kehilangan Hadi begitu terasa.
“Sudahlah,janganlah kita menyeksa arwah lagi.Dengan tangisan kita itu mungkin akan menyeksakan arwah di sana nanti.Lepaskanlah semuanya dengan redha dan ikhlas.InsyaAllah semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman”.Khairul Afnan bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Betul tu,sudah-sudahlah tu.kita sebagai hambaNYA kena redha menerima takdir yang telah ditetapkan.Sebagai hamba kita kena teruskan hidup yang masih berbaki di atas muka bumi ni”.Kedengaran suara Encik Abdul Aziz yang turut menasihati meraka yang lain.Petang itu mereka pulang setelah hampir seharian berada di rumah arwah Hadi.
…………………………………………………………………………………………………......
Assalamualaikum..
Buat Khairunnisa Adhwani Binti Abdul Aziz yang Hadi kasihi.Di saat dirimu sedang mambaca warkah ini,sudah tentulah diriku sudah tiada lagi didunia ini.Jangan bersedih wahai sayangku.Andai ini takdirnya kau haruslah terima dengan hati yang redha serta ikhlas.Sebagai hamba kita tidak layak menetapkan sesuatu perkara diluar kemampuan kita.Aku tahu dirimu begitu tersiksa dengan kehilangan diriku.Tapi janganlah kau bersikap begitu,jalanilah kehidupanmu dengan penuh istiqamah sebagai KHAIRUNISA ADHWANI yang sebenarnya sepertimana namamu.Disaat diriku sedang mencoretkan warkah ini,aku juga seperti dirimu,namun kita harus sedar bahawa dunia ini hanyalah pinjaman,akhirat adalah kekal abadi.Hadi sendiri tidak tahu kenapa sejak akhir ni Hadi merasakan saat kematian seolah-olah mengejar Hadi.Hadi bersyukur Nisa, sebab perkara itu membuatkan Hadi sentiasa ingin mendekatkat lagi diri Hadi denganNYA.Hadi tahu Nisa berkecil hati sewaktu Hadi cakap pada Nisa yang Hadi tidak mahu berkahwin dengan Nisa.Disaat itu Hadi bukan hanya bergurau,tapi Hadi yakin itu akan menjadi kenyataan. Masih ingatkah lagi tentang mimpi-mimpi Nisa beberapa hari lalu?.Nisa ada ceritakan pada Hadi yang Nisa mimpikan Nisa berkahwin dengan seorang lelaki yang tinggi dan hanya dapat melihat dirinya dipandangan belakang.Lelaki itu adalah Khairul Afnan,itu adalah firasat Hadi dan Hadi yakin.Khairul Afnan adalah abang kandung Hadi.Mungkin Nisa tidak pernah tahu tentang dirinya dan memang sengaja Hadi tidak ceritakan pada Nisa.Sebenarnya Hadi pernah menunjukkan gambar Nisa pada abang Khairul sewaktu dia belajar di Jordan.Abang Khairul memuji Nisa,segala yang ditekanya tentang diri Nisa semuanya betul.Malah adakalanya Hadi rasakan dia lebih mengenali nisa berbanding Hadi sendiri sedangkan dia hanya melihat Nisa dari sekeping gambar sahaja.Ketahuilah Nisa bahawa Abang Khairul Afnan yang paling layak untuk Khairunnisa Adhwani.Hadi sendiri telah temui jawapan sewaktu solat istikharah.Mungkin inilah yang dikatakan istikharah cinta.Cinta itu memang memerlukan pengorbanan.Hadi tidak mahu Khairunnisa Adhwani jatuh ditangan lelaki-lelaki jahat,yang naïf tentang agama,yang hanya tahu bersuka ria.Hadi mahukan Khairunisa Adhwani menjadi seorang wanita islam seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina Siti Aisyah.Mereka bukan hanya seorang isteri kepada seorang suami tetapi seorang wanita yang turut memperjuangkan islam.Hadi mahu Nisa jadi seperti mereka yang mampu membanggakan sesiapa sahaja disamping Nisa suatu hari nanti.
Khairunisa Adhwani,
Hadi mohon maaf seandainya apa yang berlaku selepas ini akan membuatkan hati Nisa menjadi sedikit keliru.Namun percayalah,ini adalah jalan yang telah Allah tetapkan untuk kita.Adam diciptakan untuk bersama Hawa,dan Kharul Afnan diciptakan untuk bersama Khairunnisa Adhwani.Hadi sendiri bayangkan permulaan K dan A diantara nama kedua-duanya mempunyai makna tersendiri iaitu Kerana Allah!.Semoga Nisa dapat menerima Khairul Afnan hanya Kerana Allah dan semoga kalian menjadi sebuah keluarga yang sakinah.Doakan agar Hadi bersama para soleh dan salihin.Walaupun Hadi sendiri tidak tahu Hadi akan berada didalam golongan yang bagaimana,namun Hadi bersyukur kerana berpeluang untuk beribadat padaNYA sewaktu berada di dunia yang hanya sementara.Semoga Khairunisa memaafkan Abdul Hadi dengan seikhlas hati.sekian wasalam.
Ikhlas dari
Abdul Hadi
Selesai membaca warkah terakhir dari arwah Hadi,Nisa segera memeluk pemuda bernama Khairul Afnan.Dia benar-benar menerima takdir yang telah ditetapkan untuk dirinya.Dia juga tahu pilihan Hadi adalah yang terbaik untuk dirinya.Khairunisa benar-benar insaf dengan apa yang berlaku.Dia terlalu mengikut perasaan.Kini dia tahu bahawa jodohnya adalah Khairun Afnan dan Abdul Hadi hanya perantaraan diantara cinta mereka.
“Syukur Alhamdulillah diatas nikmat yang telah KAU berikan kepadaku Ya Allah.Aku memohon ampun kepadaMU diatas segala kesilapanku dalam bersangka buruk dengan takdir yang telah KAU tetapkan untuk diriku.Kini aku tahu semuanya begitu sempurna aturanMU.Aku benar-benar redha atas segala kehendakMU.Semoga KAU akan terus memberikan aku sinar kebahagiaan.Semoga aku mampu menjadikan keluargaku sebuah keluarga yang Sakinah.Amin”.
“Umi,walid cakap dia tunggu umi kat bawah,dia nak ajak umi pergi ziarah kubur Pak cik Hadi”.Suara anak kecil bernama Abdul Hadi kedengaran di sebalik pintu.
“Ye sayang,nanti umi bersiap,umi baru habis solat ni”.Khairunisa hanya tersenyum melihat anak sulungnya,Abdul Hadi.Sememangnya Khairul Afnan yang meletakkan nama tersebut sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap pengorbanan arwah Abdul Hadi.Kebahagiaan jelas terpancar disebalik senyuman Khairunnisa Adhwani.
Cinta adalah fitrah dalam naluri setiap insan,dan seharusnya kita patut bersyukur kerana mempunyai Sekeping Hati dan Jiwa untuk dikongsi bersama orang lain.Hargailah setiap insan yang berada disekeliling kita kerana tanpa kita sedari mungkin mereka adalah takdir yang akan menentukan siapa kita dimasa hadapan kelak.~Una Astana~
By
~cahaya keindahan~9/7/2012~3.00pagi~

No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah dan komen...^_^