Di Suatu Petang...
Syifa Zulaikha :Assalamualaikum saudara
Irfan Hadi : Waalaikumusalam,ye saya....(Pandangan matanya tertunduk ke bawah)
Syifa Zulaikha hanya tersenyum melihat pemuda di hadapannya.Dia memulakan bicara yang sekian lama dipendamkannya.
Syifa Zulaikha :Saya dapat tahu dari teman-teman,yang awak sukakan saya,benar ke?
Irfan Hadi agak terkejut dengan pertanyaan gadis dihadapannya.Dia terdiam.
Syifa
Zulaikha hanya tersenyum,teringat kisah bagaimana Saidatina Khadijah
bertanyakan Rasulullah suatu ketika dahulu.Dan dia ingin berani seperti
Siti Khadijah,lagipun tidak salah jika dia memulakan dahulu kerana dia
tahu akan tujuannya.
Syifa Zulaikha :Awak tidak perlu malu
menyatakan kebenaran,kerana malu menyatakan kebenaran akan mendatangkan
kerugian.Berterus teranglah agar diriku tidak terus dibelengu dengan
persoalan.
Irfan Hadi mengangkat muka sedikit demi sedikit.Wajah
dihadapannya adalah seorang wanita yang amat dicintainya dalam
diam-diam.Syifa zulaikha mempunyai peribadi muslimah yang
sejati.Akhlaknya megah berdiri,kehormatannya dijaga dengan penuh
suci.Keberaniannya menegakkan kebenaran penuh dengan kelembutan
membuatkan dirinya telah jatuh cinta pada wanita itu.Namun hasratnya
dipendam kerana dia merasakan dirinya tidak layak untuk memiliki wanita
seperti bunga mawar harum mekar ditaman yang sentiasa dijaga dan dibaja
rapi.
Irfan Hadi :Wahai wanita perhiasan dunia,dirimu begitu
indah sekali dipandangan mataku,akhlakmu mampu membuatkan sesiapa sahaja
menyenangi dirimu dan kelembutan dirimu dalam menyampaikan dakwah mampu
membuatkan ramai terpesona.Aku hanya insan biasa dan hanya mempunyai
sekeping hati.Ya...Memang benar aku benar-benar mencintai dan menyukai
dirimu.Namun aku sedar akan diriku yang hina.
Syifa Zulaikha
:Wahai khalifah Allah,janganlah engkau berkata begitu,kita adalah
ciptaan Allah yang paling mulia,dan tiada darjat diantara kita.Aku tidak
pernah mengukur siapa dan bagaimana dengan kisah silammu jika engkau
benar-benar ingin memiliki diriku.
Irfan Hadi semakin terkejut
dengan kenyataan wanita dihadapannya.Dia benar-benar tidak percaya
bahawa wanita seperti Syifa Zulaikha berani menawarkan dirinya untuk
dimiliki oleh lelaki sepertinya.
Irfan Hadi :Wahai saudari,aku
tidak layak untuk memiliki dirimu.Aku terlalu naif dan terlalu banyak
kekurangan.Diriku bukanlah khalifah seperti yang kau nyatakan.Aku
manusia yang penuh dosa dan noda dan aku tidak layak untuk bersama
dengan wanita sebaik dirimu.
Syifa Zulaikha masih tersenyum.Dia segera berterus terang.
Syifa Zulaikha :Wahai saudara,aku ingin tahu...kenapakah engkau mencintai diriku?izinkan aku tahu....adakah kerana paras rupaku?
Irfan
Hadi : Wahai Saudari, Demi Allah aku mencintaimu kerana agama yang ada
dalam dirimu.Aku mengkagumi setiap apa yang kau miliki.Aku sentiasa
melihat engkau menjaga kehormatan dan maruah islam bila kemana sahaja
kau pergi.Dirimu telah membuatkan aku sedar akan sesuatu.Aku sedar jika
aku ingin memiliki yang terbaik,maka aku harus
berubah.Tapi......sebanyak manapun aku berubah..aku tetap tidak akan
mampu menjadi sebaik dirimu dan tidak akan mampu memiliki seseorang
sepertimu.
Irfan Hadi hanya tertunduk sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya.
Syifa
Zulaikha :Alhamdulillah,engkaulah khalifah yang aku cari...engkau
mencintai diriku kerana agama yang ada dalam diriku,bukannya paras
rupaku.Wahai saudara Allah telah berfirman:
“
Katakanlah :
Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar : 53)
Syifa Zulaikha
:Ingin aku tegaskan padamu,setiap manusia ada peluang dan ruang untuk
bertaubat dan pintu syurga Allah sentiasa terbuka untuk setiap insan
yang menginginkannya.Jika engkau mahukan diriku,akan aku anggap ini
sebagai medan untukku berdakwah.Kerana aku tahu engkau mampu
melakukannya jika benar engkau bertekad untuk berubah memiliki cintaku
seiring dengan cintaNYA.Sebenarnya aku juga telah lama memerhatikan
engkau,aku kagum dengan keinginan kau untuk berubah dan hari demi hari
aku sedar bahawa Allah ingin aku membantu dirimu.Aku sudah menyelidiki
siapa engkau sebelum ini,bagiku biarlah seburuk manapun engkau
dahulu,tetapi apa yang penting adalah dirimu hari ini.Aku tidak mahu
engkau terus hilang tujuan dan oleh itu aku ingin kita beriringan
mencari kebahagiaan hakiki.Yakinlah dengan dirimu bahawa Allah pasti
akan membantu.
Irfan Hadi masih tertunduk..Dia kehilangan
kata-kata.Hatinya begitu terusik dengan apa yang dinyatakan oleh wanita
dihadapannya.Ditarik nafasnya dalam-dalam dan memulakan bicara semula.
Irfan Hadi : Hermm..bagaimana jika aku bukan yang terbaik untuk dirimu?
Syifa Zulaikha masih tersenyum manis.
Syifa
Zulaikha :Wahai saudara,aku faham akan maksud kamu..bagiku jika engkau
tidak mampu menjadi yang terbaik,mungkin itu adalah ujian buatku.Dan
jika terjadinya perpisahan,tidak akan sesekali aku sesali kerana aku
sudah memilih kamu untuk bersamaku.Aku yakin jika engkau berpegang teguh
dengan Al-Quran dan Hadis dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk
memiliki kebahagiaan hakiki,insyaAllah semuanya akan jadi baik.Yakinlah
bahawa Allah akan sentiasa mengiringi kita jika engkau berkehendakkan
yang terbaik untuk hidupmu di dunia dan akhirat.Masihkah kau ingat kisah
Asiah, isteri solehah bersama suami yang jahat dan tidak beriman. Di
dalam al-Quran ada mengkhabarkan perkahwinan Nabi ALLAH Luth,
isteri jahat bersama lelaki
soleh.Sesungguhnya
manusia tidak ada yang sempurna,kesempurnaan itu hanya Allah sahaja
yang layak menilainya.Aku juga bukanlah yang terbaik,namun aku sentiasa
yakin dengan janji Allah,terpulanglah kepada engkau samada engkau mahu
bersamaku mengejar kebahagiaan hakiki atau mahu mencari nikmat
duniawi.Aku tidak memaksa..tapi sekurang-kurangnya aku berani menyatakan
apa yang aku ingin katakan.
Syifa Zulaikha melemparkan senyuman
sambil berlalu pergi setelah menghabiskan kata-katanya.Tinggallah Irfan
Hadi keseorangan sambil mengenangkan apa yang didengarinya tadi.Matanya
bergenang,dia benar-benar terkesan dengan apa yang dinyatakan oleh
wanita itu sebentar tadi.
..................................................................................................................................................
4 Tahun telah berlalu..
Kedengaran
riuh rendah di atas beranda rumah di hujung minggu sebegini.Asyraf
Hamzah dan Aisyah Humaira sedang berlari berkejaran.Telatah dua
kanak-kanak riang itu menjadi penyeri rumah tangga kedua pasangan
pemilik Villa Mawaddah Sakinah.Sang ayah yang sedang membaca buku
sedikit terganggu,lalu tugas si ibu menegur kedua buah hati mereka.
"Asyraf,Aisyah jangan bising sangat,kesiankan Abi,abi nak membaca pun terganggu sayang.
"Alaa...ummi
ni,aisyah dengan abang Asyraf nak main kejar-kejar je".Mulut sikecil
itu dibuat muncung seperti mulut itik sehingga menimbulkan geli hati
kepada si ibu.
"Sayang ummi,dengar ni..
"Dan Tuhanmu
telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya
semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur
tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada
mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah
engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." [Surah al-Isra' ayat: 23]"Kalau
Aisyah dengan Asyraf nak masuk syurga yang indah tu,kena dengar cakap
ummi dan abi,kalau tak dengar cakap... dia akan masuk tempat yang busuk
dan panas macam ummi selalu cerita tu la".Sang ibu cuba memujuk dan
menasihati kedua anaknya.
"Eee...Asyraf tak nak la pergi tempat
macam tu ummi,Asyraf nak kita semua masuk syurga yang indah tu".Anak
yang sulung bersuara secara tiba-tiba.
"Eh..Aisyah pun tak
nak,Aisyah nak masuk syurga juga,ok la Aisyah minta maaf.Akhirnya
kedua-dua anak itu segera mencium tangan ibu mereka.Terpancar senyuman
kebahagiaan di wajah sang ayah.Dia amat mengkagumi isterinya yang
benar-benar seorang isteri yang solehah.Tidak akan sesekali dirinya
mensia-siakan kurniaan Allah buat dirinya.Irfan Hadi segera pergi
memeluk mereka yang tidak jauh darinya.Syifa Zulaikha sedikit
terkejut,namun dirinya hanya tersenyum.
"Terima kasih bidadariku kerana engkau telah memilih aku untuk bersamamu".Bisik Irfan Hadi di telinga Syifa Zulaikha.
"Abang,sepertimana
kisah cintanya saidina Ali dan Siti Fatimah Az-Zahra yang memendam rasa
cinta kerana Allah,begitulah yang ingin kita miliki dan alhamdulillah
jalan bahagia yang kita miliki sekarang".Irfan Hadi semakin erat memeluk
mereka,Asyraf dan Aisyah begitu seronok dipeluk begitu oleh Abi dan
Ummi mereka.
Maka berbahagialah mereka menjadi sebuah keluarga yang penuh dengan Sakinah, Mawaddah, wa Rahmah.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Nurkilan :~cahaya keindahan~
Lokasi :Bilik kecil Rumahku Syurgaku
Masa :6.26 a.m
Coretan
Rasa : Jika kita inginkan yang terbaik dalam kehidupan,kita perlukan
keberanian,pengorbanan dan ketulusan dengan berpegang kepada aturan
islam melalui Al-Quran dan Hadis.Pilihlah yang terbaik dalam hidupmu ^_^