Sunday, December 1, 2013

Gerak hatimu..

.






Melihat dengan sesuatu yang kita tidak nampak...
Mendengar dengan sesuatu yang tidak pekak....
Itulah rahsia Allah...
Sekeras mana kita menafikannya...
Kun fa yakun...tetap jadi...
Hebatkan Allah....O(∩_∩)O

Sujudlah menyembah bumi menghadap illahi
Tanda merendah diri memiliki apa yang tersembunyi...
Sebelum semuanya dia bawa pergi..
Dan perginya tidak akan kembali....

…langit runtuh…air bah…manusia bertempiaran…

Cuma mimpi...malam tadi...

mimpi juga rahsia Allahkan..

Tuesday, October 29, 2013

Ntah Apa-apa

Tangan bergerak laju..mencantas akal milik DIA ..

Typing "Ntah apa-apa"....

Ntah apa-apa
Bila kau suka
Buat semua wanita terpedaya

Ntah apa-apa
Bila kau suka
Nampak saja terus kau goda

Ntah apa-apa
Bila kau suka
Butakan matanya dengan wang berjuta

Ntah apa-apa
Bila kau suka
Sudah dapat dia
Terus kau noda

Ntah apa-apa
Bila kau suka
Kononnya cinta
Akhirnya derita

Ntah apa-apa
Bila kau suka
Buncit perutnya
Kau tinggal saja

Ntah apa-apa
Bila kau suka
Suram diwajahnya
Kau butakan mata

Ntah apa-apa
Bila kau suka
Semuanya hilang dalam dusta....

Cis...lelaki buaya darat macam gampang bila ingat kau hebat
Mulut longkang gaya kau mengorat
Harap poket lebat tapi solat tak ingat rakaat
Jangan sesekali kau datang dekat...

By ~cahaya keindaha

Sepi

Lampu dipadamkan..
Yang hidup cuma aku...
Menatap cahaya monitor sambil mengutip kepingan ilmu..
Dari sudut yang berbagai cara sebanyak mana aku mampu...

Mereka ghaib..
Dunia mimpi jadi nyata
Dunia nyata jadi mimpi..
Aku cuma melihat saja..
Tanpa sepatah pun bicara...

Kalau mereka dan mereka bersama
Aku selesa..
Meriah syurga dunia..
Menatap mentari senja..
Mencari bahagia kurniaan DIA..

Ahhhhh...
Itu cuma "kalau"...
Tapi ini sekarang..
Syurga jadi sepi..
Yang hidup cuma cengekerik dan bunyi..
Aku sepi...
Sendiri..

Saat siang masa seolah berlari..
Mereka dan aku punya hal sendiri..
Melawan masa sudah makanan hari-hari..
Terkadang sampai termakan emosi...

Ya ALLAH ya Illahi
Pemilik cinta bagi setiap hati..
Jagalah mereka dan mereka buat diri..
Andai aku tiada disisi..
Sentuh mereka disetiap posisi..
Melebarkan kasih sepenuh hakiki..
Kerna aku cinta mereka dan mereka sampai mati...

By ~una~cahayakeindahan~buatkeluargatersayangcintasampaimati~

#Rindumelihatsenyumankeluargayangmenjadikekuatandiri#


Thursday, October 17, 2013

Mencari Cinta Tuhan

Telapak kaki dipijak rasa
Menongkah nafsu nafsi dunia
Berkilau permata pesona jiwa
Menarik diri ke lembah hina

Kembalilah kepada TuhanMu
Pulang menjadi tulang belulang
Membalut tulang dengan iman
Moga kau merasai indahnya rasa bertuhan

Tandus jiwamu di gunung gersang
Disirami air tadahan hujan
Membasuh kotoran debu agar hilang
Menjadikan kau seorang pejuang

Tuhan itu Maha Penyayang
Tiada benci tiada dendam
Mohonlah supaya dosa itu hilang
Kerna kau masih punya peluang.....

Nurkilan ~una a.k.a cahaya keindahan~
18/10/2013

~Mencari Cinta Tuhan~

Saturday, September 21, 2013

Perlu bijak

Berbual dengan seorang kanak-kanak kadangkala perlukan kekuatan memerah akal fikiran..contohnya bila seorang kanak-kanak berlarian di hadapan tetamu..

"Adik jangan lari macam tu"
"Alah bukannya ada apapun"
"Tapikan tak baik,tak sopan"
"Kakak asyik marah adik ja,semua salah macam la kakak tu betol sangat"
"Adik,kakak marah sebab sayang,sebab nak adik jadi manusia yang paling ALLAH sayang"
"Lalu depan pun salah ke kak?"
"Salah sebab kita tak menjaga adab dengan tetamu,tetamu perlu dihormati,perlu dirai dengan baik"
"Tapi depa bukan orang kehormat pun"
"Memang depa bukan orang kehormat tapi depa adalah tetamu yang dipilih ALLAH untuk datang ke rumah kita hari ni"
"o0o0o0..ok,adik faham"

Jadi dalam mendidik,kita sebagai orang dewasa jangan sesekali gunakan hati iaitu "marah" sebagai teguran tetapi gunakanlah akal dan ilmu sebagai teguran supaya anak-anak kecil terdidik dengan pemahaman islam yang indah...inshaALLAH

# Nak didik anak-anak dapat score A dalam exam memang boleh,tapi nak mendidik anak-anak untuk dapat A dalam Akhlak Kehidupan tersangatlah halus untuk dapatkannya #

by ~cahaya keindahan~

Monday, September 16, 2013

Apa patut buat jika kita perlu menjaga pesakit?


Jika  ada dikalangan ahli keluarga anda mempunyai sakit yang perlu dijaga,apa yang perlu anda lakukan???Mungkin bagi yang pernah berpengalaman ada tips-tips yang tersendiri untuk dikongsi.Ini antara pengalaman yang una boleh sediakan untuk anda berdasarkan pengalaman una jaga ayah.Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua ^_^

1.Ambil Pengetahuan pasal penyakit

Ini adalah perkara pertama anda perlu ambil tahu supaya anda lebih bersedia.Antara perkara yang perlu tahu ialah :-

  • Jenis pemakanan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan
  • Jenis pantang larang sesuatu penyakit
  • Masa yang paling sesuai untuk diberi makan/minum ubat
  • Jadual rawatan pesakit
  • Masa mandi dan rehat pesakit
  • Pengetahuan tentang penyakit yang dihidapi pesakit 

2.Lengkapkan mental dan fizikal

Kalau nak jaga orang sakit,maka kita perlu jadi orang yang sihat.Sihat bukan sahaja dari segi fizikal tetapi mental.Ini disebabkan orang yang menjaga pesakit perlu lebih bersabar dari orang yang sakit.Jika kita sendiri yang kurang sabar,kita tidak akan mampu menjaga mereka dengan baik kerana sifat marah membuatkan kita bakal menjadi orang yang kejam.Boleh jadi akibat geram kita boleh sakiti hati pesakit yang memang dah tersedia sakit.Silap hari bulan orang sakit bertambah sakit dan orang sihat jadi sakit..haaa...itu kita la.. yang tak sabar hehhehe...

3. Lengkapkan rohani

Orang sakit dia akan menjadi lebih sensitif.Boleh jadi dari seorang yang periang akan bertukar pendiam,dari seorang yang penyabar bertukar menjadi orang yang cepat marah atau sebagainya.Apa yang perlu kita buat adalah ingatkan pada diri kita bahawa mereka adalam amanah ALLAH buat kita.Mereka adalah saham kita untuk mengumpul sebanyak mana pahala,tambahan kalau yang sakit itu orang terdekat dengan diri kita seperti ibu dan bapa.Melalui pengisian rohani seperti solat,zikir dan bacaan Al-Quran bersama pesakit bagi yang muslim,ini adalah salah satu terapi minda dan diri yang sangat baik untuk diri pesakit.

4.Perlu bijak kuasai suasana

Bijak yang bagaimana???Maksud una kita bijak mengawal situasi dengan pesakit.Bijak membaca apa yang pesakit perlukan dan tidak mahu atau bijak mengawal perasaan pesakit.Sesetengah pesakit mungkin kurang bercakap kerana terlalu memikirkan sakit yang dihidapinya.Sebagai orang yang sihat,cubalah buat pesakit senyum dengan gurauan halus.Kalau dengan gurauan mungkin sesetengah pesakit tidak dapat menerima jadi gunakan kaedah lain.Contohnya masak sesuatu yang boleh dimakan oleh pesakit,kita perlu kreativ dalam menyediakan sesuatu kepada pesakit supaya mereka senang dan sentiasa ceria tanpa memikirkan sesuatu yang negatif.

5.Bijak mengawal perasaan sendiri

Jika kita perlu jaga orang yang memang dekat dengan hidup kita,ditambah dengan sakit yang dihadapinya kronik.Mungkin kita akan sentiasa diselubungi perasaan sedihkan.Una sarankan jangan sesekali kita tunjuk perasaan sedih itu dihadapan mereka.Kita mesti ingat bahawa mereka perlukan semangat kita,bukan sifat putus asa atau sedih kita.Kalau kita sedih itu akan buat pesakit lebih sedih dan mereka mungkin bertambah teruk sakitnya.Jadi bijaklah mengawal perasaan sendiri.Begitu juga kalau kita tengah gembira,jangan terlampau tunjuk kegembiraan,besedrhanalah dalam berperasaan supaya mereka sentiasa selesa dengan kita.


6.Bijak memujuk dan memotivasikan mereka

Masa una jaga ayah,una pernah dengar beberapa orang cakap yang penyakit ayah una ni berakhir dengan kematian.Paling terkilan pak cik tu sebut betul-betuk depan ayah una.Mestilah ayah una sedihkan.Apa perlu kita buat adalah dengan memujuk dan memberi motivasi supaya mereka bersangka baik.Kalau boleh jelaskan kepada mereka dengan pengetahuan yang kita ada.Walaupun mungkin apa yang kita katakan itu belum tentu,tapi sekurang-kurangnya jangan biarkan mereka berfikiran negatif dan bersangka buruk dengan ujian dari TUHAN.Kita perlu ingat bahawa setiap penyakit ada penawarnya,asalkan kita usaha.InshaAllah.


7.Sentiasa senyum

Ini paling dan tersangat penting.Bila berdepan dengan pesakit ini adalah penawar hati paling mujarab untuk mereka.Senyumlah dihadapan mereka dan pandanglah mereka dengan penuh kasih sayang.Supaya pesakit tahu yang dia tidak pernah membebankan kita,supaya pesakit tahu kita senang dengan tanggungjawab yang kita lakukan sekarang.


Ok la...una rasa itu saja yang una dapat kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian.Kalau ada lagi tips yang lebih baik dan boleh dikongsi,anda boleh kongsikan dengan una dekat komen dibawah atau sidebar tepi ni ok.Jangan kedekut ilmu ye.. ^_^

Jom kita renungi sebentar dengan hadis ni ^_^
Dari Abu Mas`ud `Uqbah bin `Amr al-Ansori al-Badri radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang memberi petunjuk kepada kebaikan maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”  (HR Muslim)




~ Cahaya Keindahan~

Ajaibnya ALLAH...



Selasa 10/9/2013 Una dapat tahu ayah akan menjalani pembedahan sekali lagi kerana kanser sudah merebak ke hati dan hampir ke saluran darah utama.

Rabu 11/9/2013 Ayah kehilangan ibunda tercinta...iaitu nenek una yang disayangi dan dicintai...

Allahuakhbar... terasa bagaikan menanggung beban yang tersangatlah berat untuk digalas dalam satu masa.Berita yang disampaikan membuatkan una terkaku.

Puas una pujuk hati supaya jangan menangis..dan una gagal untuk berhenti menangis.Una senyum tapi hambar...

Masih una ingat..dalam perjalanan pulang melihat jenazah nenek buat kali terakhir,mak memujuk una
"K.long,zikir banyak-banyak,sedekah Al-Fatihah dekat tok"... tapi una tetap menangis..sampailah mak una marah.Dengan suara sedikit keras mak cakap " K.long kena kuat,ALLAH dah buat yang terbaik untuk tok,kita kena redha"...Allahuakhbar...terasa macam halilintir kena tepat pada hati.

Ya ALLAH...berdosanya una sebab tak lepaskan arwah pergi dengan tenang.Tapi sebenarnya una bukan saja terasa kehilangan tok...una cuma terasa tidak mampu menanggung ujian yang datang dalam masa yang sama.Una rasa tak mampu.Keadaan ayah dan ketiadaan nenek una buat una rasa sedih.

Sewaktu sampai di kampung,una lihat wajah nenek buat kali terakhir,una kuatkan hati.Una diberi sambung baca surah At-Taubah,Allahuakhbar...una terserempak dengan ayat ni 

“Janganlah kamu bersedih (La Tahzan) sesungguhnya Allah selalu bersama kita”. (Surah At- Taubah ayat 40). 

SubhanaALLAH.. pada masa tu una rasa seolah-olah ALLAH sedang memberi keyakinan kepada una bahawa itulah yang terbaik dan aku perlu redha.Una menangis sampaikan tidak mampu meneruskan bacaan yang seterusnya.Lama berhenti....Allahuakhbar...terima kasih ALLAH kerana tunjukkan aku sesuatu disaat aku benar-benar perlukanMU.. itulah antara kejadian yang membuatkan una yakin...ALLAH ada bersama una...tak pernah tinggalkan una seperti makhluk.

Una tak akan lupa apa yang ALLAH cuba yakinkan una...itulah antara "sesuatu" yang DIA cuba beri pada una disaat una benar-benar perlu..Allahuakhbar...

Una ingin berpesan pada semua sahabat,memang pahit untuk kita telan semua dugaan yang datang,tapi kalau kita yakin dengan apa yang DIA beri adalah yang terbaik,inshaAllah DIA pasti tunjukkan jalan keluar dari kebuntuan,kegelisahan dan kesedihan...


Itulah saat terakhir aku melihat senyummu
Itulah saat terakhir aku memandikan dirimu
Itulah saat terakhir aku mencium dirimu
Itulah saat terakhir aku memakaikan pakaian terakhirmu
Itulah saat terakhir aku melihat pemergiaanmu
Itulah saat terakhir aku menatap wajahmu
Itulah saat terakhir aku meninggalkanmu...sendirian..bersama TUHAN...

Aku tidak lagi boleh memujukmu
Aku tidak lagi boleh mengaji bersamamu
Aku tidak lagi boleh bergurau denganmu

Tapi...
Aku masih mampu mengirimkanmu setangkai doa buat haruman kediamanmu disana...Tenanglah kau disana
Abadikan selamanya kasihmu disini..

Tok...
Kami sayang tok...

by : ~cahaya keindahan~



Kenangan arwah bersama ayah,mak dan adik




Sunday, September 8, 2013

Dr Maza Dan Ustza Fathul Bari

Orang kata rezeki ketentuan ALLAH
Orang kata Jodoh Ketentuan ALLAH
Orang kata Ajal Maut ketentuan ALLAH
Tapi tak kan "Harga naik " pun ketentuan ALLAH???bukan dari manusia ke???ALLAH adalah pemberi rezeki dan yang menguruskanya adalah manusia???Pelik jugak..kadang-kadang orang bijak pandai bila berhujah boleh memesongkan pemikiran orang lain...Harap akan ada pencerahan lagi....huhuh

Teringin nak tengok kedua-dua mereka berhujah face to face.. 
Una tidak bermaksud ingin melibatkan percaturan politik diantara kedua golongan yang disegani ramai ni.Tapi Alangkah baiknya jika mereka berdua dapat berhujah bersama,mana tahu akan ada perkongsian ilmu yang dapat kita nikmati bersamakan.Mereka masing-masing ada hujah dan pandangan sendiri dan masing-masing terkenal dengan hujah-hujah yang cukup membuat semua orang berfikir.Harap-harap suatu hari nanti mereka berdua boleh berinteraksi secara "face to face" dalam menyelami isu semasa di MALAYSIA ni ^_^ 
Peace No war 
 
 

Friday, September 6, 2013

Akukan Kak Long





Akukan kaklong.... itulah antara penguat semangat aku untuk teruskan "amanah" ayah.
Sejak ayah sakit,aku diamanahkan oleh ayah untuk ambil alih warung kopi kepunyaan ayah.Lagipun aku baru habis belajar berbanding adik-adik aku yang masih lagi belajar dan ada yang dah bekerja jauh dari keluarga.

Pada mulanya aku rasa sangat kecewa.
Mana tidaknya semua orang punya impian dan cita-cita sendiri.
Aku pulak sudah banyak kali diuji oleh Tuhan disepanjang tempoh aku belajar.
Sudah tentu aku nak kan yang terbaik dalam hidup aku dan keluarga aku sebagai
jaminan masa depan kami.Tapi ALLAH punya kuasa.

Suatu malam ayah mengeluh dan aku masih ingat kata-kata ayah
"kedai tu la ayah dok sara hangpa,dok bagi hangpa mengaji,kalau ayah sakit
tak dak sapa dah la urus"

Dari situ aku mula fikir,antara impian aku dan harapan ayah...
maka aku memilih harapan ayah...
Habis temujanji jawatan kosong dan semua tawaran kerja aku tolak.
Pada masa tu aku cuma fikir ayah,sebab aku cuma ada seorang ayah dekat dunia ni.
Kalau tak ada ayah aku tak akan wujud.

Mak penguat untuk aku meneruskan niat aku.
Pesan mak " Tumpu ja la dekat kedai ayah,lagipun tak dak sapa dah nak urus,besaq pahala"
Aku bersyukur sebab ALLAH kurniakan seorang bidadari dunia buat kami yang
sentiasa bersedia memberikan sokongan dan nasihat buat kami. 

Jadi bermulalah episod aku sebagai tauke kecil Warung Pak Lie
Dan...

Buat ayah...ini adalah amanah yang cukup besar bagiku..
Akan aku jaga dan laksanakan amanah ini dengan sebaiknya dan
Alhamdulillah dengan rezeki ini semakin hari aku semakin seronok berniaga.
Banyak perkara yang aku belajar sampaikan aku pernah menangis di atas motor sewaktu hujan lebat.Aku cuma membayangkan betapa susahnya berada ditempat seorang ayah...

In sha ALLAH kak long akan pikul amanah ni selagi termampu,lagipun ni hasil titik 
peluh ayah buat kita sekeluarga.Kak Long tak akan sia-siakan usaha ayah selama ni.


Write with Love
~cahaya keindahan~

# Quotes 8 #


Disaat kita berada diantara dua persimpangan
Seringkali kita merasa buntu memikirkan
jalan mana yang harus dituju..
Sekiranya diri merasa begitu...
Segeralah pulang kepada Tuhanmu...
Kerana hanya DIA tahu apa yang terbaik untuk dirimu..


Jangan sesekali kita salah memilih jalan.Buatlah pilihan yang tepat agar diri kita tidak dizalimi oleh diri sendiri :)


Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." (Surah al-An'am: 59)

Thursday, September 5, 2013

#Quotes 7#

 


Hati dan jiwa jika tidak disirami dengan air mata keinsafan,maka ia akan keras seperti batu

Keampunan Allah lebih besar daripada dosa yang dilakukan oleh hambaNya sekalipun besar dan banyak kerana rahmatNya dan kerana Dia Maha Kaya daripada makhlukNya.

Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar.

Tiga cara Allah menerima doa hambaNya iaitu :
1. Terus menerima segala permohonan dan permintaan yang dipohon
2. Menangguhnya sehingga hari akhirat nanti
3. Menghapuskan dosa yang sama kadarnya dengan permintaan yang diminta kepada Allah.

#Quotes 6#


Kau tidak akan mampu berjalan pada hari ni 
Jika semalam kau tak berusaha untuk bangun

Jangan putus asa sahabat,ALLAH pasti bersamamu..

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
mutiara ini dipetik dari surah Az-Zumar ayat 53


#Quotes 5#



Sahabat umpama sang pelangi yang sentiasa menceriakan hidupku disaat aku dalam kesusahan ataupun senang.Aku sayang kamu sahabat,semoga ukhuwah kita hingga sampai ke hujung nyawa.

Buatmu Ayah

Just for the REAL MAN

Kasihmu
Keringatmu
Katamu
Cintamu
Meruntun jiwaku

Ayah yang ku kasihi
Engkaulah khalifah kami
Mendidik dan menyayangi

Cintamu buat isteri
Kasihmu buat putera puteri
Janjimu sebagai wali
Ku menyanjungimu

Kau pelindung dikala gelap
Kau pembakar disaat kesejukan
Kau pembimbing dikala kejatuhan
Memimpin kami dengan penuh setia

Duhai ayah..ku cintakan dirimu
Semoga dirimu bahagia
Syafaat bagindakan menantimu
Buatmu ayah yang ku sayangi...


By :~cahaya keindahan~

LoVe Him So Much...go Go Chaiyok ayah....
Satu hari nanti aku pasti rindukan saat-saat ini...insyaAllah


Waktu ni raya tahun 2011..una tengah sakit time tu

Menangislah dibahuku..

Menangislah dibahuku sayang
Lepaskan tangisan dari dirimu
Menangismu bukan beerti dirimu lemah
Ianya beerti kau sudah lama memendam tabah
Kerna kau jua manusia biasa seperti mereka

Menangislah dibahuku sayang
Aku ada disini untukmu
Setia menemani dan mendoakanmu
Agar kau tahu kau bukan sendirian

Menangislah dibahuku sayang
Biarkan mereka meneruskan kezaliman
Asal kau tidak putus asa melawan kezaliman
Kerna kita ada DIA

Menangislah dibahuku sayang
Biar mereka bahagia merampas kebahagiaan hidupmu didunia
Sedangkan mereka tidak tahu pintu syurga sentiasa membahagiakanmu
Malaikat berpusu-pusu ingin menyambut kedatanganmu

Buatmu tentera Yahudi laknatullah
Mereka tidak akan pernah gentar melawan kezalimanmu
Kau mampu membunuh mereka tetapi kau tidak akan pernah mampu membunuh hati mereka untuk terus mencintai ISLAM...

# Jangan berhenti berdoa untuk mereka #

Tajuk :Menangislah dibahuku
Nukilan :~cahaya Keindahan~



Una Kemalangan..


Cer ampa semua tengok... dahsyat kan gaya mat rempit kat atas tu.Tapi itu bukan gaya una la heheh.Tapi itu la..kalau orang kata dah nasib badan memang terkena la.Una baru lepas excident dua hari lepas.Alhamdulillah tak la teruk sangat.Tapi kira boleh tahan la.Una excident dalam taman.

Ada la budak ni dia lintas jalan tak tengok kiri kanan,una terkejut nak mengelak terus terjun lopak.Kepala terhempap dekat jalan terus pengsan.Sedaq ja rupanya dah ada kat klinik.Lepas kena cucuk dua jarum ingat dah boleh balik,tapi kena buat pemeriksaan xray plak dekat bahagian kepala.Una muntah lepas excident,so doktor takut kalau-kalau ada pendarahan di kepala.Tapi alhamdulillah syukur,tak ada apa pun yang membimbangkan.


Una ingat kalau tak ada apa-apa kira ok la,bila malam ja baru terasa bisa- dan sengal-sengal dekat tempat luka.Tambah-tambah bila terkena aiq (air)..Allahuakhbar seksa sangat waktu nak ambil wudhuk.Pedihnya bukan main lagi...apapun hanya sabar ja penguat hati.

So kepada kengkawan,kalau boleh jangan jadi macam una ye,pandu hati-hati.Tapi kalau dah nak terkena jugak tu memang nasib la..hehehe..

Ayah Dibedah..

Assalamualaikum....


Dah lama una tak update blog,sejak akhir-akhir banyak peristiwa pahit yang berlaku dalam kehidupan una sekeluarga.Namun alhamdulillah berkat sabar kami semua dapat tempuh semuanya dengan baik.

Tanggal 19 ogos 2013,ayah una telah selamat menjalani pembedahan bagi penyakit kanser usus yang ayah alami.Penyakit kanser yang ayah hidap selama ni sudah sampai ke tahap kedua daripada empat peringkat.Mujur kami sempat merawat dengan lebih awal.

Di sepanjang ayah berada di hospital,una,adik dan mak bergilir-gilir jaga ayah.Pada masa tu kami adik beradik diberi tanggungjawab menjaga ayah dengan baik.Kata mak semua ni akan mengeratkan hubungan kami bila hadapi susah senang sama-sama.Syukur kerana ALLAH sentiasa memberi kekuatan buat kami sekeluarga.Sehingga sekarang ayah masih lagi dalam tempoh menjalani rawatan.

Mari kita sama-sama doakan kesihatan ayah una ye ^_^

Ni keadaan ayah sewaktu di hospital

Perut ayah ...sakitkan...hermmm





Friday, August 23, 2013

Raya 2013

Assalamualaikum...


Dalam keadaan menyambut kedatangan syawal,keluarga tetap seperti biasa,wajah kami sentiasa ceria menghadapi khabar yang benar-benar menduga.Kami percaya bahawa ALLAH itu Maha Kaya yang pasti akan memberi kami kekuatan untuk menempuh setiap apa yang telah DIA takdirkan untuk kami sekeluarga.Alhamdulillah syawal tetap disambut dengan gembira walaupun ayah disahkan menghidap kanser usus yang lebih dikenali kanser kolorektal.Tahap kanser ayah sudah ke peringkat ke-2 daripada 4 peringkat.



Ayah sentiasa ceria

Waktu beraya di Ulu Bakai Baling Kedah
Gambar keluarga raya 2013


Wednesday, July 31, 2013

Aku kuat

Aku Kuat

Allah tahu aku kuat
Sebab tu DIA ambil apa yang aku sayang

Allah tahu aku kuat
Sebab tu DIA bagi disaat aku belum bersedia

Allah tahu aku kuat
Sebab tu DIA pilih aku dari yang lain

Allah tahu
Semua ALLAH tahu

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)


"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran, ayat 139)



~cahaya keindahan~

Tuesday, July 23, 2013

La Tahzan...


La Tahzan la tahzan innallaha ma'ana buat kami sekeluarga.

Sejak akhir-akhir ini ALLAH s.w.t amat merindui kami sekeluarga,maka DIA memberikan sentuhan cinta-NYA melalui ayah.Ayah una telah di sahkan mengalami ketumbuhan di bahagian usus.Pada awalnya lagi una sendiri sudah rasakan ayah mengalami sakit itu.Namun una kuatkan hati dan cuba fikir positif walaupun una sendiri sudah bertanya dan buat research tentang simptom penyakit yang ayah alami.Pada hari ni segalanya terjawab dan memang betul ayah ada ketumbuhan di bahagian usus.Berita ini kami terima dengan tenang dan penuh sabar.

Una sempat berborak dengan ayah tadi.Kata ayah bila dah tua memang ALLAH akan bagi untuk kita rasa bagaimana sakit supaya kita sentiasa bersedia.Una sebak sangat bila ayah cakap macam tu.Tapi una kuatkan hati sebab una tahu ayah una kuat.Dalam tengah-tengah kekalutan,ALLAH sekali lagi menduga una.Una dapat tawaran bekerja di Selangor  dan temuduga kerja di Melaka.Kedua-dua pekerjaan tu memang cita-cita una sejak dari kecil lagi.Namun semua una terpaksa tolak di saat-saat akhir bila mengenangkan keadaan sekarang yang tak mengizinkan.Sedih tu hanya ALLAH saja yang tahu.

Bagi una,tahun ini adalah tahun yang cukup-cukup mencabar.Tahun ini ALLAH banyak menguji kami dan alhamdulillah dengan adanya bidadari kurniaan ALLAH buat kami,kami masih mampu bertahan.Bidadari itu adalah Emak una.Dia banyak menjadi kekuatan dan pendorong kami supaya kami lebih bersabar.Betapa bijaknya mak mengawal situasi disaat ayah terbaring lesu.Semoga apa yang berlaku merupakan muhasabah cinta buat kami sekeluarga.InshaALLAH we are strong and still smile..



Thursday, July 18, 2013

Wanita..

Wanita tidak mampu memberikan zuriat dianggap lemah
sedangkan wanita menerima setiap kelemahan seorang suami seadanya dipandang dengan penuh mulia..

Wanita sedang menangis dianggap lemah
sedangkan wanita menangis kerana menahan sabarnya sikap seorang suami
dihadapan-NYA

Wanita tidak mempunyai tenaga dan kudrat seperti lelaki dianggap lemah
Sedangkan lelaki lupa tangan seorang wanita mampu mengoncangkan dunia..

Sabarlah hati wanitaku sayang...
La Tahzan inallah ma'na
Pasrah dan redha segalanya di atas setiap aturan-NYA
Menangis dan mengadulah pada DIA
Menangismu,lemahmu dan setiap kekuranganmu adalah kelebihan diri-MU untuk lebih dekat kepada DIA....

by ~cahaya keindahan~

# Terkejut jugak pasal AM dan Dayana...la Tahzan#

Saturday, July 13, 2013

CINTA


CINTA

Sebut sahaja cinta semua manusia terkesima.Ye..perkataan yang sering menggetarkan hati-hati hamba-NYA.
Cinta merupakan fitrah bagi setiap insan mahupun seluruh makhluk di atas muka bumi ini.Malah binatang pun tahu apa erti cinta dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka.


Seperti kata-kata dari puisi ketika cinta bertasbih


Cinta adalah KEKUATAN yang mampu mengubah DURI menjadi MAWAR
Mengubah CUKA menjadi ANGGUR
Mengubah MALANG menjadi UNTUNG
Mengubah SEDIH menjadi RIANG
Mengubah IBLIS menjadi MALAIKAT
Mengubah SAKIT menjadi SIHAT
Mengubah BAKHIL menjadi DERMAWAN
Mengubah KANDANG menjadi TAMAN
Mengubah PENJARA menjadi ISTANA
Mengubah AMARAH menjadi RAMAH
Mengubah MUSIBAH menjadi MUHIBBAH 
itulah CINTA

Mencintai dan ingin dicintai adalah sesuatu yang tidak salah buat kita semua.Cuma kadangkala apabila kita sendiri tidak mampu mengawal CINTA maka CINTA pasti mengawal kita.CINTA jika tidak dijaga akan menjadi FITNAH dari asalnya FITRAH...

Jika kita ingin terus hidup dengan dikelilingi rasa CINTA tanpa berlakukanya kekecewaan maka teruskanlah MENCINTAI ALLAH dan RASULULLAH..kerana cinta kepada ALLAH dan RASULULLAH adalah kemuncak segala CINTA.Malah melalui CINTA jualah kita mampu mendidik jiwa menjadi MANUSIA dan HAMBA-NYA.


by ~cahaya keindahan~




Thursday, July 11, 2013

Allah Maha Pengampun..

Assalamualaikum...



Sejauh mana kita melangkah dalam menjadi seorang khalifah di muka bumi ALLAH setelah bertahun kita hidup dengan meminjam nyawa milik-NYA?

Sudah tentu banyak perkara yang telah kita lakukan bukan?? dan pastinya setiap perkara akan ada kesan ke atas diri kita dalam setiap tindakan yang pernah kita lakukan dalam kehidupan kan...

Begitulah perjalanan seorang manusia,berjalan tanpa henti di samping mengharungi setiap ujian sebagai tarbiah diri.Sama ada dosa atau pahala yang kita kutip hanya kita dan ALLAH sahaja yang mengetahui.Bukan mudah untuk menjadikan diri seorang yang baik walaupun kita tahu nak jadi seorang yang baik itu hanya perlu buat amar makruf nahi mungkar.

Kalau salah jalan binasa diri dan kalau betul jalan takut jadi bangga diri.Pelbagai andaian yang bersarang di atas kepala bila ingin melakukan sesuatu.Bila buat baik orang salah anggap dan bila buat jahat dipandang jahat selamanya walaupun sudah ingin berubah.Itulah hakikat sesetengah pandangan masyarakat pada hari ini.Mereka lebih hebat dari ALLAH dalam menilai sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu.

Masih una ingat pesanan seorang sahabat una "Bila manusia dah tahu akan hakikat kehidupan,syariat kehidupan akan diuji..untuk melihat adakah kita mampu menggapai makrifatNYa"...Kata-kata itu masih una semat dalam diri setiap kali diri di uji.

Ye..memang benar..semakin kita melangkah untuk kembali kepada ALLAH s.w.t pasti ujian yang bakal ditempuh lebih hebat dari yang sebelumnya.Sehinggakan kita sendiri hampir berpatah balik,namun bila difikirkan bahawa ALLAH MAHA PENGAMPUN ..Ya ALLAH terus tersedar...

Sebenarnya dalam hidup,apa yang kita perlu adalah redha ALLAH bukannnya redha manusia.ALLAH adalah jaminan penentu kita disana manakala manusia hanyalah asbab ujian untuk kita meraih saham akhirat yang akan dibawa.

Semoga ALLAH akan terus memberi kita kekuatan untuk kita menempuhi perjalanan di atas muka bumi milikNYA ini....insyaALLAH ^_^




Friday, June 28, 2013

SENYUM


Assalamualaikum 
sahabat tersayang semuanya
Mulakan hari ini dengan senyuman yang paling beharga =)






Kenapa perlu SENYUM???

Sebab senyuman itu adalah kekuatan jiwa kepada manusia
Kerana senyuman yang paling mahal adalah senyuman disaat kita ditimpa musibah
Dengan tersenyum beerti kita mampu hadapi setiap ujian dari-NYA dengan tenang.. =)

So kawan-kawan jangan lupa senyum tau...


Wednesday, June 19, 2013

Baling









The best moment from My Kampong Baling Kedah :)

Rindu

Ku bisikkan kerinduan PadaMu ya rabbi
ku bisikan kecintaan padamu ya Illahi
Dekatkan hati yang dipenuhi debu dosa
Agar terus mendapat hidayah dariMu

Aku akur dengan kelemahan diri
Aku akur dengan kealpaan diri
Aku malu dengan kesilapan diri ini
Sering lupa dan mungkiri janji

Telah kukuatkan langkah
Untuk kejalanMU
Aku rela dihina
Aku rela dicaci
Asalkan ENGKAU tetap disisi

Ya Allah
Kuatkan Hatiku..
kuatkan jua langkah kaki
menuju redhaMU
Aku ingin diberkati
Sebelum ku pergi
Bertemu wahai ya rabbi...

~cahaya keindahan~

Aku Yang Sekarang Bukan Yang Dulu :)

Papan kenyataan saya  :)

Sebagai manusia kita seringkali melakukan kesilapan sewaktu menjalani kehidupan.
Namun ALLAH menyayangi kita dan menghadirkan insan-insan yang istimewa sebagai
kekuatan selain diri-NYA.Apabila kita menyedari kehadiran mereka adalah
kekuatan kita,maka kita perlu berubah.Jadi lakukanlah perubahan itu kerana ALLAH dan mereka.
Supaya kebaikkan yang kita lakukan kelak akan dapat dirasai bersama :)







                

#Quotes 4#


Pesan ayah :
Hidup ini jangan asyik cari dunia
Kita kena cari akhirat sama

Dalam sebuah pencarian demi kepuasan untuk memperoleh kenikmatan di atas dunia,membuatkan
kita seringkali terlupa bahawa ada lagi yang lebih penting dari itu :)

Sunday, June 9, 2013

#Quotes 3#


Indahnya siang kerana mentari menyinari
Disaat semua menikmati kebahagiaan 
Indahnya malam kerana kesunyian
Disaat semua merasai kedinginan
Indahnya makhluk kerana perbezaan
Diberi Pencipta berbeza tugasan
Indahnya kehidupan kerana dugaan
Menambah lagi keutuhan IMAN
Inilah perhiasan......
Dan perhiasan paling indah adalah teman hidup SOLEHAH
Kerana menemani dari hidup sampai mati
Bahkan sampai dihidupkan sekali lagi 

~Kalam Khalifah~

Andai itu takdirnya untukku..


Dalam keriuhan suara sanak saudara yang kedengaran,terlihat seorang gadis sedang menunggu seseorang.Tiba-tiba datang seorang pemuda yang tinggi lampai dan memegang tangannya sambil tersenyum . Sigadis tidak mengenali jejaka tersebut.Dia keliru dan berasa pelik apabila diperlakukan sebegitu.Sanak saudara memandang sambil tersenyum.Kelihatan riak wajah gadis itu sedikit terkejut apabila kakinya melangkah kesebuah singgahsana yang tersergam indah dihadapannya.Pelamin sang   pengantin begitu indah didepan mata.Sigadis menangis,dia tidak mampu melangkah.Terasa tubuhnya jatuh kebumi.Sigadis meraung ,meminta ehsan daripada tetamu yang hadir supaya melepaskanya.Dia tidak rela dirinya bersama dengan pemuda tersebut.

Senyuman langsung tidak terukir dibibirnya,hanya deraian air mata yang mengalir menemaninya.Sang ayah dan ibu hanya mampu memeluknya.Sigadis benar-benar keliru.“Ayah,nisa tak nak dia,nisa nak Hadi,kenapa nisa kena terima dia?”,Soal sigadis sambil menangis.

“Nisa,kena terima dia,dia adalah jodoh nisa,nisa kena redha”.Si ayah memujuk lembut anak gadisnya.Sang ibu hanya mampu menangis disisi sigadis.

“Tapi kenapa ayah?mana Hadi,diakan dah janji dengan Nisa nak kahwin dengan Nisa?”Si gadis meraung sambil melepaskan persoalan yang berada difikirannya.Suasana majlis menjadi kecoh,para tetamu sedikit terkejut,tanpa disedari si gadis telah rebah disisi pengantin lelaki.

……………………………………………………………………………………………………..

“Assalamualaikum”.Sapa pemuda yang tidak dikenalinya.Khairunnisa sedikit terkejut dengan kehadiran pemuda yang tidak dikenali berada dibilik bersamanya.
“Siapa kau?macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku ni?”.Khairunnisa benar-benar marah dengan kehadiran pemuda tersebut di biliknya itu.
“Sebelum saya jawab soalan saya,awak jawablah dulu salam yang saya berikan tadi”.Kata pemuda tersebut sambil tersenyum.
“Waalaikumusalam”.Kedengaran suara khairunisa sedikit getar.
“Alhamdulillah awak dah sedar,saya kenalkan diri saya Khairul Afnan bin Haji Hamdan suami kepada Khairunisa Adhwani binti Abdul Aziz”.Terang pemuda itu dengan wajah yang tenang.
“Hey aku bukan isteri kau,aku isteri Hadi!”.Khairunisa mula melenting.Namun pemuda tersebut hanya tersenyum sambil memandang si gadis dengn wajah yang tenang.
“Maafkan saya,saya tahu awak takkan terima saya,mungkin ini takdir dan jodoh yang Allah telah tentukan untuk kita bersama,dan saya harap awak bertenang,gunakanlah akal yang dikurniakan Allah itu dengan sebaiknya dan jangan biarkan syaitan mengawal marah kita”.Pemuda itu mula berbicara.
“Saya tak faham,kenapa awak dan bukan Hadi?”.Si gadis semakin bertenang namun esakkan kecil kedengaran.Dia benar-benar keliru dengan apa yang berlaku.
“Sudah saya katakana tadi,mungkin ini Qada dan Qadar yang Allah telah tetapkan kepada kita sebagai hambaNYA.Selebihnya awak tanyalah keluarga awak,saya tidak mampu berkata apa-apa”.Balas pemuda.

Malam itu sepatutnya menjadi malam yang indah buat pasangan pengantin seperti meraka,namun semuanya masih berada dalam suasana keliru.Hanya kedengaran bunyi titisan air hujan yang membasahi bumi seolah-olah mengiringi perasaan sigadis bernama Khairunisa.Dia masih mencari-cari jawapan disebalik apa yang berlaku sekarang.

……………………………………………………………………………………
Pagi itu Khairunisa bangun untuk menunaikan solat subuh seperti biasa.Namun dia terkejut bila melihat susuk tubuh seorang lelaki yang sedang bersujud menghadap yang Maha Esa.Wajah lelaki itu terlalu tenang dan menyejukkan hatinya.Namun hatinya masih keliru dan tertanya-tanya dengan apa yang berlaku semalam.Dia bingkas bangun dan keluar dari biliknya dan menuju ke bilik tetamu.Dia mahu bersolat dan mandi situ kerana dia segan dengan lelaki itu,lagipun hatinya masih keliru.Selesai solat dia masuk kebiliknya semula.
“Awak dah bangun?”.Sapa si pemuda sambil tersenyum mesra.
“Mestilah,takkan hantu pulak yang ada dekat depan awak ni”.Balas Si gadis sambil menjegilkan matanya.
“Err..garangnya awak ni,hermm..maaflah sebab lambat kejutkan awak,saya tengok awak penat ja,jadi saya ingat nak kejutkan awak lepas saya habis solat nanti tapi tak sangka awak dah bangun”.Si pemuda cuba menerangkan kepada sigadis.
“Tak payah la nak buat baik dengan saya,ermm..mana awak tidur semalam?”.Tanya si gadis sekadar ingin tahu.Dia langsung tidak nampak pemuda itu di katil bersama dengannya.Seronok juga hatinya bila pemuda itu langsung tidak menyentuh dirinya.Bagi Khairunisa diri dan jiwanya hanyalah untuk lelaki bernama Abdul Hadi dan tiada sesiapa pun yang layak selain lelaki itu.
“Saya tidur dekat bawah je,tak pe,saya tahu kita masing-masing perlukan masa”.Lelaki itu masih lagi tersenyum setiap kali berbicara.Tenang dan damai sekali wajahnya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
Kedengaran riuh rendah di bawah.Puan Mariam sibuk menyiapkan sarapan pagi sambil ditemani adik perempuan Nisa yang baru belasan tahun.Dia segera menuruni tangga mendapatkan ayahnya yang sedang membaca suratkhabar.
“Selamat pagi ayah”.Ucap Nisa.
“Eh pengantin baru dah turun,mai la minum dengan ayah sekali,ajak suami kamu tu”.Ceria sekali suara Encik Abdul Aziz.
“Sampai hatikan ayah buat macam ni dekat nisa,ayah cakap nak kahwinkan nisa dengan Hadi tapi ayah kahwinkan nisa dengan orang lain,malah nisa langsung tak kenal lelaki tu”.Khairunisa menerankan suaranya keras sambil menjegilkan matanya tanda geram.
“Maafkan ayah nisa,tapi ni perjanjian ayah dengan seseorang,dia yang mahukan ayah buat begini,ayah hormati keputusan dia seperti mana kamu menghormati dia”.Kedengaran sedikit getar pada suara Encik Abdul Aziz.Dia tidak mampu menahan air matanya yang tiba-tiba mengalir.
“Nisa tak faham la ayah,kenapa dengan semua orang ni,nisa pelik,tolong bagitahu nisa apa yang berlaku,nisa tak nak jadi macam orang bodoh,ini masa depan nisa ayah”.Suara gadis itu sedikit meninggi sehingga mengejutkan Puan Mariam yang sedang menyiapkan sarapan pagi di meja makan.Dia segera ke ruang tamu.
“Khairunisa jangan sesekali menyalahkan kami,ni semua permintaan arwah,dia yang suruh kami lakukan semua ni,dia tak nak sia-siakan kamu”.Puan Mariam datang dan menerangkan keadaan sebenar sambil tangannya mengesat air mata yang mengalir dipipinya.Dia turut merasakan apa yang dirasa oleh suaminya.

“Apa semua ni,drama apa nie?Nisa langsung tak faham.

Tiba-tiba ada suara yang mencelah diantara mereka bertiga.

“Kak Nisa,abang Hadi dah tak ada,dia dah meninggal dunia”.Suara itu milik adik perempuanya Khadratun Natrah.
“Apa yang kau merepek ni natrah,baru 2 hari lepas akak jumpa dia,tak kan dah meninggal dunia,kau jangan nak bagi akak lempang muka kau”.Khairunnisa bagai dirasuk hantu dan ketika itu datang si pemuda dihadapannya.Dari tadi dia hanya memerhatikan drama pagi itu dari jauh.Suasana akan jadi semakin kelam kabut jika dia tidak bertindak,dan atas rasa tanggungjawab dia tampil kehadapan mengeruhkan keadaan.

“Khairunisa,sebenarnya Hadi telah mengamanahkan awak pada saya,dia memang sudah meninggal dunia seperti yang Natrah katakan tadi.Hadi terlibat dalam kemalangan sewaktu dia ambil pakaian pengantin,dan sewaktu kemalangan dia sempat dibawa ke hospital.Saya yang menemani Hadi sewaktu kejadian,sebelum dia menghembus nafasnya yang terakhir,dia mintak saya menggantikan tempatnya.Dia juga tak nak awak tahu tentang hal ni.Saya pun tidak tahu kenapa,tapi itulah permintaan arwah,saya tidak mampu menolak permintaan terakhir arwah,lagipun ahli keluarganya juga tahu akan hal ni.Pemuda itu menjelaskan keadaan sebenar dengan panjang lebar.


Hati gadis bernama Khairunnisa bagaikan dicarik-carik dan disiat-siat dengan belati yang tajam.Dia merasakan sebahagian dari dirinya juga telah pergi bersama arwah Hadi.Dia terlalu sayangkan Hadi.Dahulu dengan lelaki itulah dia menyulam harapan yang begitu tinggi seperti wanita lain.Dia impikan lelaki yang baik,beragama dan berbudi bahasa seperti Hadi.Dia begitu bersyukur bila dia ditemukan dengan Hadi.Namun harapan hanya tinggal impian.Hadi pergi meninggalkan harapan yang tidak mungkin dapat dicapainya lagi.Kehadiran Khairul Afnan bukanlah cara terbaik baginya.Dia menangis semahu-mahunya di bahu Puan Mariam.Dia kecewa.

“Maafkan saya,Khairunisa,arwah juga berpesan,dia mohon maaf sebab tak dapat nak jadikan impian awak sebagai kenyataan,dia pesan supaya awak tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan dan hamba padaNYA.Dia tidak mahu awak sedih”.Begitu telus sekali kata-kata pemuda tersebut.

“Bawa saya ke kubur arwah,saya nak ziarah”.Pintas Nisa.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Balik dari menziarah kubur,mereka sekeluarga terus ke rumah ibu bapa arwah Hadi.Majlis perkahwinan bertukar menjadi kenduri arwah.Masih ramai tetamu yang keluar masuk di dalam rumah arwah.Sewaktu kedatangan Khairunisa,ramai tetamu memandangnya dengan penuh rasa simpati.Khairunisa sedar akan hal itu,hanya juraian air mata yang menjadi penyapa mereka yang mengurnya.Dia tidak mampu berkata apa-apa.Semua dirasakan mimpi baginya.

“Nisa,ni surat dari arwah,kami jumpa sewaktu kemas bilik arwah semalam.Maafkan mak nak,walauapapun kehilangan Hadi namun nisa tetap menantu dalam keluarga kami.Lagipun Khairul Afnan anak mak dan abang kepada Hadi”.Mak Bedah menghulurkan sampul surat berwarna putih itu kepada Khairunisa.Khairunisa pantas memeluk wanita itu dengan penuh rasa sayu.Tangisan demi tangisan memenuhi ruang tamu.Kehilangan Hadi begitu terasa.

“Sudahlah,janganlah kita menyeksa arwah lagi.Dengan tangisan kita itu mungkin akan menyeksakan arwah di sana nanti.Lepaskanlah semuanya dengan redha dan ikhlas.InsyaAllah semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman”.Khairul Afnan bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

“Betul tu,sudah-sudahlah tu.kita sebagai hambaNYA kena redha menerima takdir yang telah ditetapkan.Sebagai hamba kita kena teruskan hidup yang masih berbaki di atas muka bumi ni”.Kedengaran suara Encik Abdul Aziz yang turut menasihati meraka yang lain.Petang itu mereka pulang setelah hampir seharian berada di rumah arwah Hadi.

…………………………………………………………………………………………………......

Assalamualaikum..

Buat Khairunnisa Adhwani Binti Abdul Aziz yang Hadi kasihi.Di saat dirimu sedang mambaca warkah ini,sudah tentulah diriku sudah tiada lagi didunia ini.Jangan bersedih wahai sayangku.Andai ini takdirnya kau haruslah terima dengan hati yang redha serta ikhlas.Sebagai hamba kita tidak layak menetapkan sesuatu perkara diluar kemampuan kita.Aku tahu dirimu begitu tersiksa dengan kehilangan diriku.Tapi janganlah kau bersikap begitu,jalanilah kehidupanmu dengan penuh istiqamah sebagai KHAIRUNISA ADHWANI yang sebenarnya sepertimana namamu.Disaat diriku sedang mencoretkan warkah ini,aku juga seperti dirimu,namun kita harus sedar bahawa dunia ini hanyalah pinjaman,akhirat adalah kekal abadi.Hadi sendiri tidak tahu kenapa sejak akhir ni Hadi merasakan saat kematian seolah-olah mengejar Hadi.Hadi bersyukur Nisa, sebab perkara itu membuatkan Hadi sentiasa ingin mendekatkat lagi diri Hadi denganNYA.Hadi tahu Nisa berkecil hati sewaktu Hadi cakap pada Nisa yang Hadi tidak mahu berkahwin dengan Nisa.Disaat itu Hadi bukan hanya bergurau,tapi Hadi yakin itu akan menjadi kenyataan. Masih ingatkah lagi tentang mimpi-mimpi Nisa beberapa hari lalu?.Nisa ada ceritakan pada Hadi yang Nisa mimpikan Nisa berkahwin dengan seorang  lelaki yang tinggi dan hanya dapat melihat dirinya dipandangan belakang.Lelaki itu adalah Khairul Afnan,itu adalah firasat Hadi dan Hadi yakin.Khairul Afnan adalah abang kandung Hadi.Mungkin Nisa tidak pernah tahu tentang dirinya dan memang sengaja Hadi tidak ceritakan pada Nisa.Sebenarnya Hadi pernah menunjukkan gambar Nisa pada abang Khairul sewaktu dia belajar di Jordan.Abang Khairul memuji Nisa,segala yang ditekanya tentang diri Nisa semuanya betul.Malah adakalanya Hadi rasakan dia lebih mengenali nisa berbanding Hadi sendiri sedangkan dia hanya melihat Nisa dari sekeping gambar sahaja.Ketahuilah Nisa bahawa Abang Khairul Afnan yang paling layak untuk Khairunnisa Adhwani.Hadi sendiri telah temui jawapan sewaktu solat istikharah.Mungkin inilah yang dikatakan istikharah cinta.Cinta itu memang memerlukan pengorbanan.Hadi tidak mahu Khairunnisa Adhwani jatuh ditangan lelaki-lelaki jahat,yang naïf tentang agama,yang hanya tahu bersuka ria.Hadi mahukan Khairunisa Adhwani menjadi seorang wanita islam seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina Siti Aisyah.Mereka bukan hanya seorang isteri kepada seorang suami tetapi seorang wanita yang turut memperjuangkan islam.Hadi mahu Nisa jadi seperti mereka yang mampu membanggakan sesiapa sahaja disamping Nisa suatu hari nanti.

Khairunisa Adhwani,

Hadi mohon maaf seandainya apa yang berlaku selepas ini akan membuatkan hati Nisa menjadi sedikit keliru.Namun percayalah,ini adalah jalan yang telah Allah tetapkan untuk kita.Adam diciptakan untuk bersama Hawa,dan Kharul Afnan diciptakan untuk bersama Khairunnisa Adhwani.Hadi sendiri bayangkan permulaan K dan A diantara nama kedua-duanya mempunyai makna tersendiri iaitu Kerana Allah!.Semoga Nisa dapat menerima Khairul Afnan hanya Kerana Allah dan semoga kalian menjadi sebuah keluarga yang sakinah.Doakan agar Hadi bersama para soleh dan salihin.Walaupun Hadi sendiri tidak tahu Hadi akan berada didalam golongan yang bagaimana,namun Hadi bersyukur kerana berpeluang untuk beribadat padaNYA sewaktu berada di dunia yang hanya sementara.Semoga Khairunisa memaafkan Abdul Hadi dengan seikhlas hati.sekian wasalam.

                                                                                                                                                 Ikhlas dari
                                                                                                                                                 Abdul Hadi

Selesai membaca warkah terakhir dari arwah Hadi,Nisa segera memeluk pemuda bernama Khairul Afnan.Dia benar-benar menerima takdir yang telah ditetapkan untuk dirinya.Dia juga tahu pilihan Hadi adalah yang terbaik untuk dirinya.Khairunisa benar-benar insaf dengan apa yang berlaku.Dia terlalu mengikut perasaan.Kini dia tahu bahawa jodohnya adalah Khairun Afnan dan Abdul Hadi hanya perantaraan diantara cinta mereka.
“Syukur Alhamdulillah diatas nikmat yang telah KAU berikan kepadaku Ya Allah.Aku memohon ampun kepadaMU diatas segala kesilapanku dalam bersangka buruk dengan takdir yang telah KAU tetapkan untuk diriku.Kini aku tahu semuanya begitu sempurna aturanMU.Aku benar-benar redha atas segala kehendakMU.Semoga KAU akan terus memberikan aku sinar kebahagiaan.Semoga aku mampu menjadikan keluargaku sebuah keluarga yang Sakinah.Amin”.
“Umi,walid cakap dia tunggu umi kat bawah,dia nak ajak umi pergi ziarah kubur Pak cik Hadi”.Suara anak kecil bernama Abdul Hadi kedengaran di sebalik pintu.
“Ye sayang,nanti umi bersiap,umi baru habis solat ni”.Khairunisa hanya tersenyum melihat anak sulungnya,Abdul Hadi.Sememangnya Khairul Afnan yang meletakkan nama tersebut sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap pengorbanan arwah Abdul Hadi.Kebahagiaan jelas terpancar disebalik senyuman Khairunnisa Adhwani.

Cinta adalah fitrah dalam naluri setiap insan,dan seharusnya kita patut bersyukur kerana mempunyai Sekeping Hati dan Jiwa untuk dikongsi bersama orang lain.Hargailah setiap insan yang berada disekeliling kita kerana tanpa kita sedari mungkin mereka adalah takdir yang akan menentukan siapa kita dimasa hadapan kelak.~Una Astana~


                                                                                                                 By
                                                                                    ~cahaya keindahan~9/7/2012~3.00pagi~           




Saturday, June 8, 2013

#Quotes 2#

Pesanan emak : Jangan mengeluh menjadi anak perempuan
sebab setiap apa yang ditanggungnya dengan sabar pasti akan mendapat 
tempat yang paling istimewa disisi-NYA

Jika kita dilahirkan sebagai seorang perempuan sudah semestinya kita lebih banyak
menjaga hati orang lain daripada hati sendiri.Biasanya seorang perempuan lebih banyak memendam dari meluahkan.Menangis dan mengadulah di hadapan Maha Pencipta-Mu saudaraku.. ^_^

~cahaya keindahan~

Friday, June 7, 2013

Bila Aku Sudah Memilih


Di Suatu Petang...

Syifa Zulaikha :Assalamualaikum saudara

Irfan Hadi : Waalaikumusalam,ye saya....(Pandangan matanya tertunduk ke bawah)

Syifa Zulaikha hanya tersenyum melihat pemuda di hadapannya.Dia memulakan bicara yang sekian lama dipendamkannya.

Syifa Zulaikha :Saya dapat tahu dari teman-teman,yang awak sukakan saya,benar ke?

Irfan Hadi agak terkejut dengan pertanyaan gadis dihadapannya.Dia terdiam.

Syifa Zulaikha hanya tersenyum,teringat kisah bagaimana Saidatina Khadijah bertanyakan Rasulullah suatu ketika dahulu.Dan dia ingin berani seperti Siti Khadijah,lagipun tidak salah jika dia memulakan dahulu kerana dia tahu akan tujuannya.

Syifa Zulaikha :Awak tidak perlu malu menyatakan kebenaran,kerana malu menyatakan kebenaran akan mendatangkan kerugian.Berterus teranglah agar diriku tidak terus dibelengu dengan persoalan.

Irfan Hadi mengangkat muka sedikit demi sedikit.Wajah dihadapannya adalah seorang wanita yang amat dicintainya dalam diam-diam.Syifa zulaikha mempunyai peribadi muslimah yang sejati.Akhlaknya megah berdiri,kehormatannya dijaga dengan penuh suci.Keberaniannya menegakkan kebenaran penuh dengan kelembutan membuatkan dirinya telah jatuh cinta pada wanita itu.Namun hasratnya dipendam kerana dia merasakan dirinya tidak layak untuk memiliki wanita seperti bunga mawar harum mekar ditaman yang sentiasa dijaga dan dibaja rapi.

Irfan Hadi :Wahai wanita perhiasan dunia,dirimu begitu indah sekali dipandangan mataku,akhlakmu mampu membuatkan sesiapa sahaja menyenangi dirimu dan kelembutan dirimu dalam menyampaikan dakwah mampu membuatkan ramai terpesona.Aku hanya insan biasa dan hanya mempunyai sekeping hati.Ya...Memang benar aku benar-benar mencintai dan menyukai dirimu.Namun aku sedar akan diriku yang hina.

Syifa Zulaikha :Wahai khalifah Allah,janganlah engkau berkata begitu,kita adalah ciptaan Allah yang paling mulia,dan tiada darjat diantara kita.Aku tidak pernah mengukur siapa dan bagaimana dengan kisah silammu jika engkau benar-benar ingin memiliki diriku.

Irfan Hadi semakin terkejut dengan kenyataan wanita dihadapannya.Dia benar-benar tidak percaya bahawa wanita seperti Syifa Zulaikha berani menawarkan dirinya untuk dimiliki oleh lelaki sepertinya.

Irfan Hadi :Wahai saudari,aku tidak layak untuk memiliki dirimu.Aku terlalu naif dan terlalu banyak kekurangan.Diriku bukanlah khalifah seperti yang kau nyatakan.Aku manusia yang penuh dosa dan noda dan aku tidak layak untuk bersama dengan wanita sebaik dirimu.

Syifa Zulaikha masih tersenyum.Dia segera berterus terang.

Syifa Zulaikha :Wahai saudara,aku ingin tahu...kenapakah engkau mencintai diriku?izinkan aku tahu....adakah kerana paras rupaku?

Irfan Hadi : Wahai Saudari, Demi Allah aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu.Aku mengkagumi setiap apa yang kau miliki.Aku sentiasa melihat engkau menjaga kehormatan dan maruah islam bila kemana sahaja kau pergi.Dirimu telah membuatkan aku sedar akan sesuatu.Aku sedar jika aku ingin memiliki yang terbaik,maka aku harus berubah.Tapi......sebanyak manapun aku berubah..aku tetap tidak akan mampu menjadi sebaik dirimu dan tidak akan mampu memiliki seseorang sepertimu.

Irfan Hadi hanya tertunduk sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya.

Syifa Zulaikha :Alhamdulillah,engkaulah khalifah yang aku cari...engkau mencintai diriku kerana agama yang ada dalam diriku,bukannya paras rupaku.Wahai saudara Allah telah berfirman:

 “Katakanlah : Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar : 53)

Syifa Zulaikha :Ingin aku tegaskan padamu,setiap manusia ada peluang dan ruang untuk bertaubat dan pintu syurga Allah sentiasa terbuka untuk setiap insan yang menginginkannya.Jika engkau mahukan diriku,akan aku anggap ini sebagai medan untukku berdakwah.Kerana aku tahu engkau mampu melakukannya jika benar engkau bertekad untuk berubah memiliki cintaku seiring dengan cintaNYA.Sebenarnya aku juga telah lama memerhatikan engkau,aku kagum dengan keinginan kau untuk berubah dan hari demi hari aku sedar bahawa Allah ingin aku membantu dirimu.Aku sudah menyelidiki siapa engkau sebelum ini,bagiku biarlah seburuk manapun engkau dahulu,tetapi apa yang penting adalah dirimu hari ini.Aku tidak mahu engkau terus hilang tujuan dan oleh itu aku ingin kita beriringan mencari kebahagiaan hakiki.Yakinlah dengan dirimu bahawa Allah pasti akan membantu.

Irfan Hadi masih tertunduk..Dia kehilangan kata-kata.Hatinya begitu terusik dengan apa yang dinyatakan oleh wanita dihadapannya.Ditarik nafasnya dalam-dalam dan memulakan bicara semula.

Irfan Hadi : Hermm..bagaimana jika aku bukan yang terbaik untuk dirimu?

Syifa Zulaikha masih tersenyum manis.

Syifa Zulaikha :Wahai saudara,aku faham akan maksud kamu..bagiku jika engkau tidak mampu menjadi yang terbaik,mungkin itu adalah ujian buatku.Dan jika terjadinya perpisahan,tidak akan sesekali aku sesali kerana aku sudah memilih kamu untuk bersamaku.Aku yakin jika engkau berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk memiliki kebahagiaan hakiki,insyaAllah semuanya akan jadi baik.Yakinlah bahawa Allah akan sentiasa mengiringi kita jika engkau berkehendakkan yang terbaik untuk hidupmu di dunia dan akhirat.Masihkah kau ingat kisah Asiah, isteri solehah bersama suami yang jahat dan tidak beriman. Di dalam al-Quran ada mengkhabarkan perkahwinan Nabi ALLAH Luth, isteri jahat bersama lelaki soleh.Sesungguhnya manusia tidak ada yang sempurna,kesempurnaan itu hanya Allah sahaja yang layak menilainya.Aku juga bukanlah yang terbaik,namun aku sentiasa yakin dengan janji Allah,terpulanglah kepada engkau samada engkau mahu bersamaku mengejar kebahagiaan hakiki atau mahu mencari nikmat duniawi.Aku tidak memaksa..tapi sekurang-kurangnya aku berani menyatakan apa yang aku ingin katakan.

Syifa Zulaikha melemparkan senyuman sambil berlalu pergi setelah menghabiskan kata-katanya.Tinggallah Irfan Hadi keseorangan sambil mengenangkan apa yang didengarinya tadi.Matanya bergenang,dia benar-benar terkesan dengan apa yang dinyatakan oleh wanita itu sebentar tadi.

..................................................................................................................................................

4 Tahun telah berlalu..

Kedengaran riuh rendah di atas beranda rumah di hujung minggu sebegini.Asyraf Hamzah dan Aisyah Humaira sedang berlari berkejaran.Telatah dua kanak-kanak riang itu menjadi penyeri rumah tangga kedua pasangan pemilik Villa Mawaddah Sakinah.Sang ayah yang sedang membaca buku sedikit terganggu,lalu tugas si ibu menegur kedua buah hati mereka.

"Asyraf,Aisyah jangan bising sangat,kesiankan Abi,abi nak membaca pun terganggu sayang.

"Alaa...ummi ni,aisyah dengan abang Asyraf nak main kejar-kejar je".Mulut sikecil itu dibuat muncung seperti mulut itik sehingga menimbulkan geli hati kepada si ibu.

"Sayang ummi,dengar ni..

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." [Surah al-Isra' ayat: 23]


"Kalau Aisyah dengan Asyraf nak masuk syurga yang indah tu,kena dengar cakap ummi dan abi,kalau tak dengar cakap... dia akan masuk tempat yang busuk dan panas macam ummi selalu cerita tu la".Sang ibu cuba memujuk dan menasihati kedua anaknya.

"Eee...Asyraf tak nak la pergi tempat macam tu ummi,Asyraf nak kita semua masuk syurga yang indah tu".Anak yang sulung bersuara secara tiba-tiba.

"Eh..Aisyah pun tak nak,Aisyah nak masuk syurga juga,ok la Aisyah minta maaf.Akhirnya kedua-dua anak itu segera mencium tangan ibu mereka.Terpancar senyuman kebahagiaan di wajah sang ayah.Dia amat mengkagumi isterinya yang benar-benar seorang isteri yang solehah.Tidak akan sesekali dirinya mensia-siakan kurniaan Allah buat dirinya.Irfan Hadi segera pergi memeluk mereka yang tidak jauh darinya.Syifa Zulaikha sedikit terkejut,namun dirinya hanya tersenyum.

"Terima kasih bidadariku kerana engkau telah memilih aku untuk bersamamu".Bisik Irfan Hadi di telinga Syifa Zulaikha.

"Abang,sepertimana kisah cintanya saidina Ali dan Siti Fatimah Az-Zahra yang memendam rasa cinta kerana Allah,begitulah yang ingin kita miliki dan alhamdulillah jalan bahagia yang kita miliki sekarang".Irfan Hadi semakin erat memeluk mereka,Asyraf dan Aisyah begitu seronok dipeluk begitu oleh Abi dan Ummi mereka.

Maka berbahagialah mereka menjadi sebuah keluarga yang penuh dengan Sakinah, Mawaddah, wa Rahmah.


Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.



Nurkilan :~cahaya keindahan~
Lokasi :Bilik kecil Rumahku Syurgaku
Masa :6.26 a.m



Coretan Rasa : Jika kita inginkan yang terbaik dalam kehidupan,kita perlukan keberanian,pengorbanan dan ketulusan dengan berpegang kepada aturan islam melalui Al-Quran dan Hadis.Pilihlah yang terbaik dalam hidupmu ^_^

#Quotes 1#


Cantik pada Nafsu bukan ukuran
Cantik pada Akhlak menjadi idaman

Sememangnya kita manusia sukakan kecantikkan
Walaupun kita sedar bahawa kecantikkan itu tidak kekal selamanya.
Itu adalah pandangan NAFSU kita yang mahukan kepuasan.
Tetapi jika kita memandang kecantikkan seseorang itu melalui Akhlak yang ada pada dirinya
Kita pasti akan menemui  kebahagiaan hakiki yang bakal menjadi hakikat kebahagiaan
apabila tiba disana nanti..InsyaALLAH ^_^

~Cahaya keindahan~