Berbual
dengan seorang kanak-kanak kadangkala perlukan kekuatan memerah akal
fikiran..contohnya bila seorang kanak-kanak berlarian di hadapan
tetamu..
"Adik jangan lari macam tu"
"Alah bukannya ada apapun"
"Tapikan tak baik,tak sopan"
"Kakak asyik marah adik ja,semua salah macam la kakak tu betol sangat"
"Adik,kakak marah sebab sayang,sebab nak adik jadi manusia yang paling ALLAH sayang"
"Lalu depan pun salah ke kak?"
"Salah sebab kita tak menjaga adab dengan tetamu,tetamu perlu dihormati,perlu dirai dengan baik"
"Tapi depa bukan orang kehormat pun"
"Memang depa bukan orang kehormat tapi depa adalah tetamu yang dipilih ALLAH untuk datang ke rumah kita hari ni"
"o0o0o0..ok,adik faham"
Jadi dalam mendidik,kita sebagai orang dewasa jangan sesekali gunakan
hati iaitu "marah" sebagai teguran tetapi gunakanlah akal dan ilmu
sebagai teguran supaya anak-anak kecil terdidik dengan pemahaman islam
yang indah...inshaALLAH
# Nak didik anak-anak dapat score A dalam exam memang boleh,tapi nak
mendidik anak-anak untuk dapat A dalam Akhlak Kehidupan tersangatlah
halus untuk dapatkannya #
by ~cahaya keindahan~
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah dan komen...^_^