Thursday, June 6, 2013

Assalamualaikum..

Assalamualaikum...

Salam perkenalan dariku untukmu wahai sahabat sekalian...
Detik waktu telah mula memakan secebis usia di pertengahan abad..
Aku kini kembali dengan sebuah perjuangan yang ku kira sebagai langkah untuk aku terus mengembara..

Aku ingin mengembara ke seluruh dunia tanpa sempadan dengan mencari ILMUNYA supaya penuh didada
Agar bekalanku disana nanti cukup dijadikan santapan buat rohku yang terkulai layu dihadapanNYA.

Ya ALLAH kuatkan langkahku di atas persinggahan dunia yang sementara ini..
Jadikan aku setegar Khaulah Al-Azwar yang bisa kuat sentiasa mengharungi setiap cabaran di hadapannya.

Aku kini mula menghitung masa dan setiap detik waktu dengan menjadikan medan dunia tanpa sempadan ini untuk aku terus berjuang,berkongsi dan bersama-sama mentarbiah diri yang serba kekurangan ini.

Ingin aku tegaskan bahawasanya aku bukan manusia yang sempurna seperti kalian inginkan dan mahukan.
Aku bukan bidadari syurga yang lengkap dengan segala ilmu di dada.
Aku hanya pengembara dunia yang mencari dan belajar tentang sebuah KEHIDUPAN bergelar Manusia dan HambaNYA.

Mohon agar kalian bersama mahu berjalan bersamaku,bersama membimbing diriku yang sentiasa memerlukan teman pengembara seperti kalian.

Semoga ALLAH masih mahu menerima diriku yang serba hina dan serba kekurangan ini...

Salam ukhuwah dariku....Cahaya Keindahan..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen...^_^