Usah kau bertanya siapa jodohmu
Usah kau menghitung bila hari bahagiamu
Usah kau mengira berapa jumlah maharmu
Seandainya kau sendiri tahu ALLAH sudah menetapkan jodoh buatmu..
Wahai adikku sayang
Usah kau terleka dengan puji-pujian manusia
Usah kau terpedaya dengan pujuk rayu si dia
Usah kau mencintai dia melebihi cintamu padaNYA
Takut nanti kau sendiri tak berdaya melawan nafsunya...
Wahai adikku sayang
Belajarlah sehingga ilmu didadamu lengkap sepenuhnya
Belajarlah supaya ayah dan ibumu gembira sentiasa
Belajarlah mencari ilmu ALLAH agar kau senang disana
Usah pernah putus asa dan lelah tak berdaya
Kerna ALLAH sentiasa setia dengan kita
Wahai adikku sayang
Aku sayangkan dirimu
Sepertimana aku sayangkan diriku
Dengarlah kalam wahyu dari DIA
Kau akan temui cinta yang paling setia
Bukan dengan manusia yang belum punya hak ke atas dirimu
Yang kau sendiri belum pasti jodohmu dengn si dia..
Belajarlah sayang...
Tanggungjawabmu masih banyak...Belajarlah....
Khas buat adik-adikku sayang
By~cahaya keindahan (k.una)~
Setulus ikhlas ku cintakan kalian hanya kerana ALLAH yang aku harapkan agar kita dapat meraih cintaNYA bersama...
Gambar majlis perkahwinan sahabat paksu..waktu ni first time ikut dia pi buat Photoshoot :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah dan komen...^_^