Saturday, September 21, 2013

Perlu bijak

Berbual dengan seorang kanak-kanak kadangkala perlukan kekuatan memerah akal fikiran..contohnya bila seorang kanak-kanak berlarian di hadapan tetamu..

"Adik jangan lari macam tu"
"Alah bukannya ada apapun"
"Tapikan tak baik,tak sopan"
"Kakak asyik marah adik ja,semua salah macam la kakak tu betol sangat"
"Adik,kakak marah sebab sayang,sebab nak adik jadi manusia yang paling ALLAH sayang"
"Lalu depan pun salah ke kak?"
"Salah sebab kita tak menjaga adab dengan tetamu,tetamu perlu dihormati,perlu dirai dengan baik"
"Tapi depa bukan orang kehormat pun"
"Memang depa bukan orang kehormat tapi depa adalah tetamu yang dipilih ALLAH untuk datang ke rumah kita hari ni"
"o0o0o0..ok,adik faham"

Jadi dalam mendidik,kita sebagai orang dewasa jangan sesekali gunakan hati iaitu "marah" sebagai teguran tetapi gunakanlah akal dan ilmu sebagai teguran supaya anak-anak kecil terdidik dengan pemahaman islam yang indah...inshaALLAH

# Nak didik anak-anak dapat score A dalam exam memang boleh,tapi nak mendidik anak-anak untuk dapat A dalam Akhlak Kehidupan tersangatlah halus untuk dapatkannya #

by ~cahaya keindahan~

Monday, September 16, 2013

Apa patut buat jika kita perlu menjaga pesakit?


Jika  ada dikalangan ahli keluarga anda mempunyai sakit yang perlu dijaga,apa yang perlu anda lakukan???Mungkin bagi yang pernah berpengalaman ada tips-tips yang tersendiri untuk dikongsi.Ini antara pengalaman yang una boleh sediakan untuk anda berdasarkan pengalaman una jaga ayah.Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua ^_^

1.Ambil Pengetahuan pasal penyakit

Ini adalah perkara pertama anda perlu ambil tahu supaya anda lebih bersedia.Antara perkara yang perlu tahu ialah :-

  • Jenis pemakanan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan
  • Jenis pantang larang sesuatu penyakit
  • Masa yang paling sesuai untuk diberi makan/minum ubat
  • Jadual rawatan pesakit
  • Masa mandi dan rehat pesakit
  • Pengetahuan tentang penyakit yang dihidapi pesakit 

2.Lengkapkan mental dan fizikal

Kalau nak jaga orang sakit,maka kita perlu jadi orang yang sihat.Sihat bukan sahaja dari segi fizikal tetapi mental.Ini disebabkan orang yang menjaga pesakit perlu lebih bersabar dari orang yang sakit.Jika kita sendiri yang kurang sabar,kita tidak akan mampu menjaga mereka dengan baik kerana sifat marah membuatkan kita bakal menjadi orang yang kejam.Boleh jadi akibat geram kita boleh sakiti hati pesakit yang memang dah tersedia sakit.Silap hari bulan orang sakit bertambah sakit dan orang sihat jadi sakit..haaa...itu kita la.. yang tak sabar hehhehe...

3. Lengkapkan rohani

Orang sakit dia akan menjadi lebih sensitif.Boleh jadi dari seorang yang periang akan bertukar pendiam,dari seorang yang penyabar bertukar menjadi orang yang cepat marah atau sebagainya.Apa yang perlu kita buat adalah ingatkan pada diri kita bahawa mereka adalam amanah ALLAH buat kita.Mereka adalah saham kita untuk mengumpul sebanyak mana pahala,tambahan kalau yang sakit itu orang terdekat dengan diri kita seperti ibu dan bapa.Melalui pengisian rohani seperti solat,zikir dan bacaan Al-Quran bersama pesakit bagi yang muslim,ini adalah salah satu terapi minda dan diri yang sangat baik untuk diri pesakit.

4.Perlu bijak kuasai suasana

Bijak yang bagaimana???Maksud una kita bijak mengawal situasi dengan pesakit.Bijak membaca apa yang pesakit perlukan dan tidak mahu atau bijak mengawal perasaan pesakit.Sesetengah pesakit mungkin kurang bercakap kerana terlalu memikirkan sakit yang dihidapinya.Sebagai orang yang sihat,cubalah buat pesakit senyum dengan gurauan halus.Kalau dengan gurauan mungkin sesetengah pesakit tidak dapat menerima jadi gunakan kaedah lain.Contohnya masak sesuatu yang boleh dimakan oleh pesakit,kita perlu kreativ dalam menyediakan sesuatu kepada pesakit supaya mereka senang dan sentiasa ceria tanpa memikirkan sesuatu yang negatif.

5.Bijak mengawal perasaan sendiri

Jika kita perlu jaga orang yang memang dekat dengan hidup kita,ditambah dengan sakit yang dihadapinya kronik.Mungkin kita akan sentiasa diselubungi perasaan sedihkan.Una sarankan jangan sesekali kita tunjuk perasaan sedih itu dihadapan mereka.Kita mesti ingat bahawa mereka perlukan semangat kita,bukan sifat putus asa atau sedih kita.Kalau kita sedih itu akan buat pesakit lebih sedih dan mereka mungkin bertambah teruk sakitnya.Jadi bijaklah mengawal perasaan sendiri.Begitu juga kalau kita tengah gembira,jangan terlampau tunjuk kegembiraan,besedrhanalah dalam berperasaan supaya mereka sentiasa selesa dengan kita.


6.Bijak memujuk dan memotivasikan mereka

Masa una jaga ayah,una pernah dengar beberapa orang cakap yang penyakit ayah una ni berakhir dengan kematian.Paling terkilan pak cik tu sebut betul-betuk depan ayah una.Mestilah ayah una sedihkan.Apa perlu kita buat adalah dengan memujuk dan memberi motivasi supaya mereka bersangka baik.Kalau boleh jelaskan kepada mereka dengan pengetahuan yang kita ada.Walaupun mungkin apa yang kita katakan itu belum tentu,tapi sekurang-kurangnya jangan biarkan mereka berfikiran negatif dan bersangka buruk dengan ujian dari TUHAN.Kita perlu ingat bahawa setiap penyakit ada penawarnya,asalkan kita usaha.InshaAllah.


7.Sentiasa senyum

Ini paling dan tersangat penting.Bila berdepan dengan pesakit ini adalah penawar hati paling mujarab untuk mereka.Senyumlah dihadapan mereka dan pandanglah mereka dengan penuh kasih sayang.Supaya pesakit tahu yang dia tidak pernah membebankan kita,supaya pesakit tahu kita senang dengan tanggungjawab yang kita lakukan sekarang.


Ok la...una rasa itu saja yang una dapat kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian.Kalau ada lagi tips yang lebih baik dan boleh dikongsi,anda boleh kongsikan dengan una dekat komen dibawah atau sidebar tepi ni ok.Jangan kedekut ilmu ye.. ^_^

Jom kita renungi sebentar dengan hadis ni ^_^
Dari Abu Mas`ud `Uqbah bin `Amr al-Ansori al-Badri radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang memberi petunjuk kepada kebaikan maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”  (HR Muslim)




~ Cahaya Keindahan~

Ajaibnya ALLAH...



Selasa 10/9/2013 Una dapat tahu ayah akan menjalani pembedahan sekali lagi kerana kanser sudah merebak ke hati dan hampir ke saluran darah utama.

Rabu 11/9/2013 Ayah kehilangan ibunda tercinta...iaitu nenek una yang disayangi dan dicintai...

Allahuakhbar... terasa bagaikan menanggung beban yang tersangatlah berat untuk digalas dalam satu masa.Berita yang disampaikan membuatkan una terkaku.

Puas una pujuk hati supaya jangan menangis..dan una gagal untuk berhenti menangis.Una senyum tapi hambar...

Masih una ingat..dalam perjalanan pulang melihat jenazah nenek buat kali terakhir,mak memujuk una
"K.long,zikir banyak-banyak,sedekah Al-Fatihah dekat tok"... tapi una tetap menangis..sampailah mak una marah.Dengan suara sedikit keras mak cakap " K.long kena kuat,ALLAH dah buat yang terbaik untuk tok,kita kena redha"...Allahuakhbar...terasa macam halilintir kena tepat pada hati.

Ya ALLAH...berdosanya una sebab tak lepaskan arwah pergi dengan tenang.Tapi sebenarnya una bukan saja terasa kehilangan tok...una cuma terasa tidak mampu menanggung ujian yang datang dalam masa yang sama.Una rasa tak mampu.Keadaan ayah dan ketiadaan nenek una buat una rasa sedih.

Sewaktu sampai di kampung,una lihat wajah nenek buat kali terakhir,una kuatkan hati.Una diberi sambung baca surah At-Taubah,Allahuakhbar...una terserempak dengan ayat ni 

“Janganlah kamu bersedih (La Tahzan) sesungguhnya Allah selalu bersama kita”. (Surah At- Taubah ayat 40). 

SubhanaALLAH.. pada masa tu una rasa seolah-olah ALLAH sedang memberi keyakinan kepada una bahawa itulah yang terbaik dan aku perlu redha.Una menangis sampaikan tidak mampu meneruskan bacaan yang seterusnya.Lama berhenti....Allahuakhbar...terima kasih ALLAH kerana tunjukkan aku sesuatu disaat aku benar-benar perlukanMU.. itulah antara kejadian yang membuatkan una yakin...ALLAH ada bersama una...tak pernah tinggalkan una seperti makhluk.

Una tak akan lupa apa yang ALLAH cuba yakinkan una...itulah antara "sesuatu" yang DIA cuba beri pada una disaat una benar-benar perlu..Allahuakhbar...

Una ingin berpesan pada semua sahabat,memang pahit untuk kita telan semua dugaan yang datang,tapi kalau kita yakin dengan apa yang DIA beri adalah yang terbaik,inshaAllah DIA pasti tunjukkan jalan keluar dari kebuntuan,kegelisahan dan kesedihan...


Itulah saat terakhir aku melihat senyummu
Itulah saat terakhir aku memandikan dirimu
Itulah saat terakhir aku mencium dirimu
Itulah saat terakhir aku memakaikan pakaian terakhirmu
Itulah saat terakhir aku melihat pemergiaanmu
Itulah saat terakhir aku menatap wajahmu
Itulah saat terakhir aku meninggalkanmu...sendirian..bersama TUHAN...

Aku tidak lagi boleh memujukmu
Aku tidak lagi boleh mengaji bersamamu
Aku tidak lagi boleh bergurau denganmu

Tapi...
Aku masih mampu mengirimkanmu setangkai doa buat haruman kediamanmu disana...Tenanglah kau disana
Abadikan selamanya kasihmu disini..

Tok...
Kami sayang tok...

by : ~cahaya keindahan~



Kenangan arwah bersama ayah,mak dan adik




Sunday, September 8, 2013

Dr Maza Dan Ustza Fathul Bari

Orang kata rezeki ketentuan ALLAH
Orang kata Jodoh Ketentuan ALLAH
Orang kata Ajal Maut ketentuan ALLAH
Tapi tak kan "Harga naik " pun ketentuan ALLAH???bukan dari manusia ke???ALLAH adalah pemberi rezeki dan yang menguruskanya adalah manusia???Pelik jugak..kadang-kadang orang bijak pandai bila berhujah boleh memesongkan pemikiran orang lain...Harap akan ada pencerahan lagi....huhuh

Teringin nak tengok kedua-dua mereka berhujah face to face.. 
Una tidak bermaksud ingin melibatkan percaturan politik diantara kedua golongan yang disegani ramai ni.Tapi Alangkah baiknya jika mereka berdua dapat berhujah bersama,mana tahu akan ada perkongsian ilmu yang dapat kita nikmati bersamakan.Mereka masing-masing ada hujah dan pandangan sendiri dan masing-masing terkenal dengan hujah-hujah yang cukup membuat semua orang berfikir.Harap-harap suatu hari nanti mereka berdua boleh berinteraksi secara "face to face" dalam menyelami isu semasa di MALAYSIA ni ^_^ 
Peace No war 
 
 

Friday, September 6, 2013

Akukan Kak Long





Akukan kaklong.... itulah antara penguat semangat aku untuk teruskan "amanah" ayah.
Sejak ayah sakit,aku diamanahkan oleh ayah untuk ambil alih warung kopi kepunyaan ayah.Lagipun aku baru habis belajar berbanding adik-adik aku yang masih lagi belajar dan ada yang dah bekerja jauh dari keluarga.

Pada mulanya aku rasa sangat kecewa.
Mana tidaknya semua orang punya impian dan cita-cita sendiri.
Aku pulak sudah banyak kali diuji oleh Tuhan disepanjang tempoh aku belajar.
Sudah tentu aku nak kan yang terbaik dalam hidup aku dan keluarga aku sebagai
jaminan masa depan kami.Tapi ALLAH punya kuasa.

Suatu malam ayah mengeluh dan aku masih ingat kata-kata ayah
"kedai tu la ayah dok sara hangpa,dok bagi hangpa mengaji,kalau ayah sakit
tak dak sapa dah la urus"

Dari situ aku mula fikir,antara impian aku dan harapan ayah...
maka aku memilih harapan ayah...
Habis temujanji jawatan kosong dan semua tawaran kerja aku tolak.
Pada masa tu aku cuma fikir ayah,sebab aku cuma ada seorang ayah dekat dunia ni.
Kalau tak ada ayah aku tak akan wujud.

Mak penguat untuk aku meneruskan niat aku.
Pesan mak " Tumpu ja la dekat kedai ayah,lagipun tak dak sapa dah nak urus,besaq pahala"
Aku bersyukur sebab ALLAH kurniakan seorang bidadari dunia buat kami yang
sentiasa bersedia memberikan sokongan dan nasihat buat kami. 

Jadi bermulalah episod aku sebagai tauke kecil Warung Pak Lie
Dan...

Buat ayah...ini adalah amanah yang cukup besar bagiku..
Akan aku jaga dan laksanakan amanah ini dengan sebaiknya dan
Alhamdulillah dengan rezeki ini semakin hari aku semakin seronok berniaga.
Banyak perkara yang aku belajar sampaikan aku pernah menangis di atas motor sewaktu hujan lebat.Aku cuma membayangkan betapa susahnya berada ditempat seorang ayah...

In sha ALLAH kak long akan pikul amanah ni selagi termampu,lagipun ni hasil titik 
peluh ayah buat kita sekeluarga.Kak Long tak akan sia-siakan usaha ayah selama ni.


Write with Love
~cahaya keindahan~

# Quotes 8 #


Disaat kita berada diantara dua persimpangan
Seringkali kita merasa buntu memikirkan
jalan mana yang harus dituju..
Sekiranya diri merasa begitu...
Segeralah pulang kepada Tuhanmu...
Kerana hanya DIA tahu apa yang terbaik untuk dirimu..


Jangan sesekali kita salah memilih jalan.Buatlah pilihan yang tepat agar diri kita tidak dizalimi oleh diri sendiri :)


Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." (Surah al-An'am: 59)

Thursday, September 5, 2013

#Quotes 7#

 


Hati dan jiwa jika tidak disirami dengan air mata keinsafan,maka ia akan keras seperti batu

Keampunan Allah lebih besar daripada dosa yang dilakukan oleh hambaNya sekalipun besar dan banyak kerana rahmatNya dan kerana Dia Maha Kaya daripada makhlukNya.

Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar.

Tiga cara Allah menerima doa hambaNya iaitu :
1. Terus menerima segala permohonan dan permintaan yang dipohon
2. Menangguhnya sehingga hari akhirat nanti
3. Menghapuskan dosa yang sama kadarnya dengan permintaan yang diminta kepada Allah.

#Quotes 6#


Kau tidak akan mampu berjalan pada hari ni 
Jika semalam kau tak berusaha untuk bangun

Jangan putus asa sahabat,ALLAH pasti bersamamu..

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
mutiara ini dipetik dari surah Az-Zumar ayat 53


#Quotes 5#



Sahabat umpama sang pelangi yang sentiasa menceriakan hidupku disaat aku dalam kesusahan ataupun senang.Aku sayang kamu sahabat,semoga ukhuwah kita hingga sampai ke hujung nyawa.

Buatmu Ayah

Just for the REAL MAN

Kasihmu
Keringatmu
Katamu
Cintamu
Meruntun jiwaku

Ayah yang ku kasihi
Engkaulah khalifah kami
Mendidik dan menyayangi

Cintamu buat isteri
Kasihmu buat putera puteri
Janjimu sebagai wali
Ku menyanjungimu

Kau pelindung dikala gelap
Kau pembakar disaat kesejukan
Kau pembimbing dikala kejatuhan
Memimpin kami dengan penuh setia

Duhai ayah..ku cintakan dirimu
Semoga dirimu bahagia
Syafaat bagindakan menantimu
Buatmu ayah yang ku sayangi...


By :~cahaya keindahan~

LoVe Him So Much...go Go Chaiyok ayah....
Satu hari nanti aku pasti rindukan saat-saat ini...insyaAllah


Waktu ni raya tahun 2011..una tengah sakit time tu

Menangislah dibahuku..

Menangislah dibahuku sayang
Lepaskan tangisan dari dirimu
Menangismu bukan beerti dirimu lemah
Ianya beerti kau sudah lama memendam tabah
Kerna kau jua manusia biasa seperti mereka

Menangislah dibahuku sayang
Aku ada disini untukmu
Setia menemani dan mendoakanmu
Agar kau tahu kau bukan sendirian

Menangislah dibahuku sayang
Biarkan mereka meneruskan kezaliman
Asal kau tidak putus asa melawan kezaliman
Kerna kita ada DIA

Menangislah dibahuku sayang
Biar mereka bahagia merampas kebahagiaan hidupmu didunia
Sedangkan mereka tidak tahu pintu syurga sentiasa membahagiakanmu
Malaikat berpusu-pusu ingin menyambut kedatanganmu

Buatmu tentera Yahudi laknatullah
Mereka tidak akan pernah gentar melawan kezalimanmu
Kau mampu membunuh mereka tetapi kau tidak akan pernah mampu membunuh hati mereka untuk terus mencintai ISLAM...

# Jangan berhenti berdoa untuk mereka #

Tajuk :Menangislah dibahuku
Nukilan :~cahaya Keindahan~



Una Kemalangan..


Cer ampa semua tengok... dahsyat kan gaya mat rempit kat atas tu.Tapi itu bukan gaya una la heheh.Tapi itu la..kalau orang kata dah nasib badan memang terkena la.Una baru lepas excident dua hari lepas.Alhamdulillah tak la teruk sangat.Tapi kira boleh tahan la.Una excident dalam taman.

Ada la budak ni dia lintas jalan tak tengok kiri kanan,una terkejut nak mengelak terus terjun lopak.Kepala terhempap dekat jalan terus pengsan.Sedaq ja rupanya dah ada kat klinik.Lepas kena cucuk dua jarum ingat dah boleh balik,tapi kena buat pemeriksaan xray plak dekat bahagian kepala.Una muntah lepas excident,so doktor takut kalau-kalau ada pendarahan di kepala.Tapi alhamdulillah syukur,tak ada apa pun yang membimbangkan.


Una ingat kalau tak ada apa-apa kira ok la,bila malam ja baru terasa bisa- dan sengal-sengal dekat tempat luka.Tambah-tambah bila terkena aiq (air)..Allahuakhbar seksa sangat waktu nak ambil wudhuk.Pedihnya bukan main lagi...apapun hanya sabar ja penguat hati.

So kepada kengkawan,kalau boleh jangan jadi macam una ye,pandu hati-hati.Tapi kalau dah nak terkena jugak tu memang nasib la..hehehe..

Ayah Dibedah..

Assalamualaikum....


Dah lama una tak update blog,sejak akhir-akhir banyak peristiwa pahit yang berlaku dalam kehidupan una sekeluarga.Namun alhamdulillah berkat sabar kami semua dapat tempuh semuanya dengan baik.

Tanggal 19 ogos 2013,ayah una telah selamat menjalani pembedahan bagi penyakit kanser usus yang ayah alami.Penyakit kanser yang ayah hidap selama ni sudah sampai ke tahap kedua daripada empat peringkat.Mujur kami sempat merawat dengan lebih awal.

Di sepanjang ayah berada di hospital,una,adik dan mak bergilir-gilir jaga ayah.Pada masa tu kami adik beradik diberi tanggungjawab menjaga ayah dengan baik.Kata mak semua ni akan mengeratkan hubungan kami bila hadapi susah senang sama-sama.Syukur kerana ALLAH sentiasa memberi kekuatan buat kami sekeluarga.Sehingga sekarang ayah masih lagi dalam tempoh menjalani rawatan.

Mari kita sama-sama doakan kesihatan ayah una ye ^_^

Ni keadaan ayah sewaktu di hospital

Perut ayah ...sakitkan...hermmm