Monday, September 16, 2013

Apa patut buat jika kita perlu menjaga pesakit?


Jika  ada dikalangan ahli keluarga anda mempunyai sakit yang perlu dijaga,apa yang perlu anda lakukan???Mungkin bagi yang pernah berpengalaman ada tips-tips yang tersendiri untuk dikongsi.Ini antara pengalaman yang una boleh sediakan untuk anda berdasarkan pengalaman una jaga ayah.Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua ^_^

1.Ambil Pengetahuan pasal penyakit

Ini adalah perkara pertama anda perlu ambil tahu supaya anda lebih bersedia.Antara perkara yang perlu tahu ialah :-

  • Jenis pemakanan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan
  • Jenis pantang larang sesuatu penyakit
  • Masa yang paling sesuai untuk diberi makan/minum ubat
  • Jadual rawatan pesakit
  • Masa mandi dan rehat pesakit
  • Pengetahuan tentang penyakit yang dihidapi pesakit 

2.Lengkapkan mental dan fizikal

Kalau nak jaga orang sakit,maka kita perlu jadi orang yang sihat.Sihat bukan sahaja dari segi fizikal tetapi mental.Ini disebabkan orang yang menjaga pesakit perlu lebih bersabar dari orang yang sakit.Jika kita sendiri yang kurang sabar,kita tidak akan mampu menjaga mereka dengan baik kerana sifat marah membuatkan kita bakal menjadi orang yang kejam.Boleh jadi akibat geram kita boleh sakiti hati pesakit yang memang dah tersedia sakit.Silap hari bulan orang sakit bertambah sakit dan orang sihat jadi sakit..haaa...itu kita la.. yang tak sabar hehhehe...

3. Lengkapkan rohani

Orang sakit dia akan menjadi lebih sensitif.Boleh jadi dari seorang yang periang akan bertukar pendiam,dari seorang yang penyabar bertukar menjadi orang yang cepat marah atau sebagainya.Apa yang perlu kita buat adalah ingatkan pada diri kita bahawa mereka adalam amanah ALLAH buat kita.Mereka adalah saham kita untuk mengumpul sebanyak mana pahala,tambahan kalau yang sakit itu orang terdekat dengan diri kita seperti ibu dan bapa.Melalui pengisian rohani seperti solat,zikir dan bacaan Al-Quran bersama pesakit bagi yang muslim,ini adalah salah satu terapi minda dan diri yang sangat baik untuk diri pesakit.

4.Perlu bijak kuasai suasana

Bijak yang bagaimana???Maksud una kita bijak mengawal situasi dengan pesakit.Bijak membaca apa yang pesakit perlukan dan tidak mahu atau bijak mengawal perasaan pesakit.Sesetengah pesakit mungkin kurang bercakap kerana terlalu memikirkan sakit yang dihidapinya.Sebagai orang yang sihat,cubalah buat pesakit senyum dengan gurauan halus.Kalau dengan gurauan mungkin sesetengah pesakit tidak dapat menerima jadi gunakan kaedah lain.Contohnya masak sesuatu yang boleh dimakan oleh pesakit,kita perlu kreativ dalam menyediakan sesuatu kepada pesakit supaya mereka senang dan sentiasa ceria tanpa memikirkan sesuatu yang negatif.

5.Bijak mengawal perasaan sendiri

Jika kita perlu jaga orang yang memang dekat dengan hidup kita,ditambah dengan sakit yang dihadapinya kronik.Mungkin kita akan sentiasa diselubungi perasaan sedihkan.Una sarankan jangan sesekali kita tunjuk perasaan sedih itu dihadapan mereka.Kita mesti ingat bahawa mereka perlukan semangat kita,bukan sifat putus asa atau sedih kita.Kalau kita sedih itu akan buat pesakit lebih sedih dan mereka mungkin bertambah teruk sakitnya.Jadi bijaklah mengawal perasaan sendiri.Begitu juga kalau kita tengah gembira,jangan terlampau tunjuk kegembiraan,besedrhanalah dalam berperasaan supaya mereka sentiasa selesa dengan kita.


6.Bijak memujuk dan memotivasikan mereka

Masa una jaga ayah,una pernah dengar beberapa orang cakap yang penyakit ayah una ni berakhir dengan kematian.Paling terkilan pak cik tu sebut betul-betuk depan ayah una.Mestilah ayah una sedihkan.Apa perlu kita buat adalah dengan memujuk dan memberi motivasi supaya mereka bersangka baik.Kalau boleh jelaskan kepada mereka dengan pengetahuan yang kita ada.Walaupun mungkin apa yang kita katakan itu belum tentu,tapi sekurang-kurangnya jangan biarkan mereka berfikiran negatif dan bersangka buruk dengan ujian dari TUHAN.Kita perlu ingat bahawa setiap penyakit ada penawarnya,asalkan kita usaha.InshaAllah.


7.Sentiasa senyum

Ini paling dan tersangat penting.Bila berdepan dengan pesakit ini adalah penawar hati paling mujarab untuk mereka.Senyumlah dihadapan mereka dan pandanglah mereka dengan penuh kasih sayang.Supaya pesakit tahu yang dia tidak pernah membebankan kita,supaya pesakit tahu kita senang dengan tanggungjawab yang kita lakukan sekarang.


Ok la...una rasa itu saja yang una dapat kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian.Kalau ada lagi tips yang lebih baik dan boleh dikongsi,anda boleh kongsikan dengan una dekat komen dibawah atau sidebar tepi ni ok.Jangan kedekut ilmu ye.. ^_^

Jom kita renungi sebentar dengan hadis ni ^_^
Dari Abu Mas`ud `Uqbah bin `Amr al-Ansori al-Badri radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang memberi petunjuk kepada kebaikan maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”  (HR Muslim)




~ Cahaya Keindahan~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen...^_^