Anda ingin menjadi bidadari dunia?
Atau
bidadari syurga?
Anda sayang ayah?
Anda sayang suami?
Anda sayang adik beradik lelaki?
Jika anda mahu semua itu maka tutuplah aurat
Bagaimana ingin memulakannya???
Ini ada caranya.Semoga bermanfaat
1.Niatkan kerana Allah s.w.t.Sebagai contoh setiap kali menyarungkan tudung niatkan kerana Allah walaupun masih rasa 50-50%.Seterusnya pandang cermin dan lihat inilah wajah yang Allah inginkan dan khabarkan pada diri beginilah aku saat dikapankan nanti...hihihihi
2.Mulakan langkah secara berperingkat.Sekarang dah bermacam fesyen tudung..jadi belilah tudung apapun asalkan jangan tudung saji sebab tudung saji jarang,tak cukup syarat hihihihihi.
3.Bersedia dari segi mental dan fizikal.Wahhh...macam nak gi berperang pulakkan.Tapi memang pun sebab selepas ni kita akan berhadapan dengan manusia yang mungkin di dalamnya ada puaka niyang rapik.Sebagai contoh spesis macam ni "eh iye2 je ko berhijab", "Ala tak lama tanggal balik la tu".Kalau spesis macam ni ada disekeliling anda,just tadah je...pastu nanti pulangkan balik kat Allah,senang je nak dapat pahala free....tak payah guna tenaga..hihihih
4.Dekatkan diri dengan Allah,rajinkan baca kalam Allah,rajinkan muhasabah diri.Insya Allah ketenangan itu milik kita malah bahagia kita Allah akan berikan melalui pertukaran yang akan buat kita tersenyum lebar kelak.Yakin yang Allah lebih menjaga kita dari panahan fitnah dan buruk sangka orang ketika berhijab.Insha Allah.
Ok itu je ..
Kita nak jadi orang positif
Kita nak jadi wanita hebat
Kita nak jadi wanita dikasihi
Kita nak jadi wanita yang dicintai Allah dan Rasulullah s.a.w.
Maka mulakan langkah dari sekarang.
Ajal tidak mengenal usia dan masa.
Sayang wanita sedunia
Love you.