Monday, March 23, 2015

Suatu Ketika



Waktu itu tidak memilih
Siapa yang mahu dipilih
melafazkan pada saat tersalah
Tanpa sedar luka mula berdarah
Cebisan yang tinggal cuma sejarah
Tanpa sedari terpilih menjadi tabah

Dalam lautan gelisah
Hadirnya mengundang pelbagai makna
Antara mimpi dan realiti
kekuatan jiwa menghitung hari
Sekurangnya ia mengajar diri
Supaya tabah melawan arus lautan gelombang duniaa

Aku gembira dipilih
hingga tiada tangis
Tiada duka
Melainkan senyum

Alhamdulillah segala puji bagi Allah

O(∩_∩)O

Wednesday, September 17, 2014

Tips permulaan ingin bertudung

Anda ingin menjadi bidadari dunia?
Atau
bidadari syurga?

Anda sayang ayah?
Anda sayang suami?
Anda sayang adik beradik lelaki?

Jika anda mahu semua itu maka tutuplah aurat 

Bagaimana ingin memulakannya???

Ini ada caranya.Semoga bermanfaat 

1.Niatkan kerana Allah s.w.t.Sebagai contoh setiap kali menyarungkan tudung niatkan kerana Allah walaupun masih rasa 50-50%.Seterusnya pandang cermin dan lihat inilah wajah yang Allah inginkan dan khabarkan pada diri beginilah aku saat dikapankan nanti...hihihihi 

2.Mulakan langkah secara berperingkat.Sekarang dah bermacam fesyen tudung..jadi belilah tudung apapun asalkan jangan tudung saji sebab tudung saji jarang,tak cukup syarat hihihihihi.

3.Bersedia dari segi mental dan fizikal.Wahhh...macam nak gi berperang pulakkan.Tapi memang pun sebab selepas ni kita akan berhadapan dengan manusia yang mungkin di dalamnya ada puaka niyang rapik.Sebagai contoh spesis macam ni "eh iye2 je ko berhijab", "Ala tak lama tanggal balik la tu".Kalau spesis macam ni ada disekeliling anda,just tadah je...pastu nanti pulangkan balik kat Allah,senang je nak dapat pahala free....tak payah guna tenaga..hihihih

4.Dekatkan diri dengan Allah,rajinkan baca kalam Allah,rajinkan muhasabah diri.Insya Allah ketenangan itu milik kita malah bahagia kita Allah akan berikan melalui pertukaran yang akan buat kita tersenyum lebar kelak.Yakin yang Allah lebih menjaga kita dari panahan fitnah dan buruk sangka orang ketika berhijab.Insha Allah.

Ok itu je ..

Kita nak jadi orang positif
Kita nak jadi wanita hebat
Kita nak jadi wanita dikasihi
Kita nak jadi wanita yang dicintai Allah dan Rasulullah s.a.w.

Maka mulakan langkah dari sekarang.

Ajal tidak mengenal usia dan masa.

Sayang wanita sedunia

Love you.




Thursday, July 17, 2014

Aku jatuh cinta




Aku tak pasti itu jawapan yang paling tepat,tapi sejak akhir-akhir ni setiap persoalan tu 
ALLAH dah bagi jawapan.Jadi aku perlu bersedia...
Kadang pelik dengan perasaan tu sedangkan  aku tak pernah terfikir.

Tapi indah sangat ...subhanaALLAH rasa tenang.
Walhal hati aku sendiri keliru..

Kadang rasa sangsi dengan perasaan sendiri
Tapi ALLAH pasti akan ingatkan aku dengan kejadian supaya aku tahu
itu "signal" dari DIA.

Hati takut-takut tapi bila diingatkan ALLAH adalah
pemilik Cinta dan pemilik Hati
aku hargai cinta yang Allah beri

Kalau benar itu yang ALLAH inginkan
InshaALLAH akan aku laksanakan
Akan aku lakukan yang terbaik

I want to felling in love with Allah...

And

No one can't stop me to fight for Allah S.W.T !!!



Saturday, February 1, 2014

Mata Yang Dibenci Allah s.w.t

 



1. Mata yang suka melihat hal-hal yang diharamkan.

2. Mata yang senantiasa suka melihat kesalahan orang lain.

3. Mata yang tidak pandai mengambil pelajaran atas apa yang dilihatnya.

4. Mata yang dimiliki oleh golongan yang suka hasad (dengki) kepada orang lain.

5. Mata yang selalu mencari-cari kesempatan untuk melihat hal-hal yang tidak baik.

6. Mata yang membesarkan (menyombongkan)dirinya dari kekuasaan Allah SWT.
 
 Semoga KITA dijauhkan daripada sifat sedemikian

Thursday, January 30, 2014

Cikgu Mat No dan AIn



Tarikh :Pada 13/12/13 
Lokasi : Tasik Beris Kedah

Kedah..

Kolam Air Panas Ulu Lengong Baling tersangatlah best.

Pekan Lama Baling..Kalau nak cari periuk belanga murah mai la sini..import siam mari...hehehe

Amboi sakan cekak pinggang adik maisarah nie..

Berlatar belakangkan Tasik Beris

Ketua Rombongan...my Pak Tih

 Tengok apa tu?



Nak bercuti bersama keluarga tak perlu pergi jauh-jauh,tak perlu tempat-tempat yang hebat-hebat..asalkan "nikmat" masa bersama mereka terasa walaupun dekat..semoga ALLAH memberi kesempatan buat kami untuk terus bersama...

“Dan orang-orang yang beriman dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, kami hubungkan (pertemukan) anak cucu mereka dengan mereka (di syurga), dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. (QS. Ath-Thuur:21).

Ya Rabb kami karuniakanlah kami isteri dan keturunan yang sedap dipandang mata, dan jadikanlah kami pemimpin orang yang bertaqwa.

Ya Rabb kami karuniakanlah kami anak-anak yang sholeh.

Ya Rabb kami karuniakanlah kami dari sisi Engkau keturunan yang baik.

Ya Rabb kami karuniakanlah kami dari sisi Engkau keturunan yang Engkau Ridha-i.

Ya Rabb kami jadikanlah kami dan keturunan kami orang yang mendirikan shalat.

Perlis kami Datang..

Dua adik yang sentiasa menjadi bodyguardku

Timah Tasoh

Masjid Terapung Kuala Perlis
Perlis...
Negeri punya penduduknya yang ramah,baik hati,kaya dengan makanan...
Indah sekali..
Damai...
Tenang...
Dan..
Seindah impianku suatu ketika dahulu...
Penuh dengan cabaran dan ujian...
Kini tempat ini aku jejaki lagi...
Tidak pernah jemu..
Kerna disini terjalinya persahabatan dan silaturahim antara aku dan mereka...
Dan disinilah aku belajar memahami erti pengorbanan....